Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemilik bank Qatar buat bidaan kelima dan terakhir untuk beli Manchester United

Jun 08, 2023 | 10:40 AM



LONDON: Sheikh Jassim Hamad Al Thani telah membuat bidaan kelima untuk membeli Manchester United awal minggu ini, menurut satu sumber rapat dengan banker Qatar itu.


Ia akan menjadi bidaan terakhir Sheikh Jassim, dan selepas Jumaat ini beliau tidak akan terlibat dalam proses tersebut.

Bidaan bagi pemilikan 100 peratus United akan melangsai hutang kelab Liga Perdana England (EPL) itu dan juga menyediakan satu dana berasingan buat kelab itu serta masyarakat setempat.

Kumpulan Ineos, sebuah syarikat kimia milik Sir Jim Ratcliffe, adalah satu lagi pihak yang akan cuba membeli United.

Ia dikatakan sedang mendahului semasa pusingan ketiga bidaan yang ditutup April lalu.

Ratcliffe, peminat tegar United sejak zaman kanak-kanaknya yang gagal membeli sebuah lagi pasukan EPL, Chelsea, pada 2022, dilaporkan berminat membeli 50 peratus pemilikan United.

Ini bermakna keluarga Glaser akan kekal terlibat dalam kelab itu – satu langkah yang tidak popular dalam kalangan penyokong United.

Angka pada Mac menunjukkan United berhutang £969.6 juta ($1.627 bilion) dalam bentuk kombinasi hutang kasar, pinjaman bank dan yuran pemindahan tertunggak serta bayaran berkaitan.

Keluarga Glazer, yang sekarang memiliki United, mengumumkan pada November lalu bahawa mereka sedang menimbangkan untuk menjual kelab itu sedang mereka meneroka “alternatif strategik”.

Namun, belum ada sebarang khabar bila keluarga Glazer akan membuat keputusan mengenai arah masa depan United.

Mereka membeli kelab itu pada harga £790 juta pada 2005 dan telah menetapkan nilai antara £5 bilion dengan £6 bilion untuknya.

Pada Mei, pasukan bidaan Sheikh Jassim membuat tawaran keempat mereka – dipercayai bernilai hampir £5 bilion – dan mengemukakannya kepada Kumpulan Raine, bank pelaburan berpangkalan di New York yang menguruskan penjualan kelab itu.

Saga pemilikan yang berpanjangan ini bermakna masih terdapat ketidaktentuan tentang masa depan United sedang kelab itu bersiap bagi jendela pemindahan pemain pada musim panas akan datang.

United tewas dalam final Piala FA kepada Manchester City namun mereka mengakhiri kemarau trofi dengan memenangi Piala Liga dan menduduki tempat ketiga dalam EPL dalam musim pertama yang baru berlalu di bawah pengurusan Erik ten Hag.

Ditanya tentang pengambilalihan kelab itu, ten Hag menjawab:

“Saya fikir pada masa ini saya enggan berbincang mengenainya.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >