Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hariss: Perlawanan dengan China semarak hubungan Singa dengan peminat

Mar 28, 2024 | 04:34 PM



Hubungan cinta antara pasukan Singa dengan peminat mereka kembali hangat sejak minggu lalu, dengan kapten pasukan negara, Hariss Harun, mengakui bahawa dua perlawanan terakhir menentang China membantu “menyemarakkan semula” hubungan yang dingin selama 14 bulan.

Di bawah bimbingan jurulatih baru Tsutomu Ogura, pasukan bola sepak negara membuat penyokong mempunyai sebab untuk bersorak riang melihat persembahan Singapura menentang China.

Pasukan Singa berjaya menyekat China, yang berada di ranking ke-88, dengan keputusan seri 2-2 di sini pada 21 Mac sebelum tewas 1-4 di Tianjin lima hari kemudian.

Dua perlawanan kelayakan Piala Dunia bagi Kumpulan C itu adalah ujian pertama Ogura, yang menduduki “kerusi panas” bola sepak negara selepas pelantikannya pada 1 Februari.

Singapura dijadual menentang Korea Selatan di sini dan Thailand di tempat lawan pada Jun, lapor The Straits Times (ST).


Pertarungan sengit pasukan Singa menentang pasukan China, yang berada 68 anak tangga di atas mereka, adalah jauh lebih baik berbanding keadaan suram yang melanda sukan bola sepak Singapura lebih setahun lalu.

Ini ekoran kekalahan 1-4 Singapura di tangan Malaysia dalam Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada Januari 2023.

Mei lalu, skuad Bawah 22 Tahun pula dibelasah 7-0 oleh Malaysia dalam Sukan SEA dan tersingkir daripada kejohanan tersebut.

Jurulatih pasukan Singa sebelum ini, Takayuki Nishigaya, menjadi bahan ejekan dan cemuhan penyokong Singapura semasa Singapura kalah 1-3 kepada Thailand pada November 2023 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional.

“Dalam kedua-dua perlawanan ini, kami menunjukkan persembahan baik dan mempunyai peluang baik, dan terus bermain dengan baik.

“Jadi, saya rasa itu yang menjadikan kami disukai peminat.

“Hubungan antara peminat dengan pasukan ini telah pudar sejak sekian lama dan saya rasa tempoh (perlawanan antarabangsa) ini telah menyemarakkan semula hubungan ini. Peminat melihat kami bertarung sengit dan itulah persembahan minimum yang mereka harapkan daripada kami,” jelas Hariss, 33 tahun, melalui perbualan telefon dari Tianjin.

Pemain tengah veteran itu, yang dibimbing lapan jurulatih berbeza sejak penampilan sulungnya dalam pasukan Singa pada 2007, menghargai kaedah Ogura, yang menurutnya membawa sentimen positif dalam kalangan pemain dan peminat.

Menyifatkan persediaan baru itu sebagai “menyegarkan”, Hariss berkongsi bahawa Ogura amalkan “pendekatan tegas” dan menetapkan standard tinggi semasa sesi latihan.

“Saya suka apabila jurulatih datang dan menetapkan standard mereka, serta menuntut sesuatu yang tidak biasa dilakukan oleh pemain, sesuatu yang melebihi keupayaan dan had mereka. Itu akan hanya perbaiki diri anda sebagai pemain dan sebagai satu pasukan,” kata pemain tengah Lion City Sailors itu.

Ryhan Stewart, pemain tengah kanan dalam kedua-dua perlawanan itu, menambah bahawa standard tinggi jurulatih Ogura mendorongnya menunjukkan persembahan lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >