Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penyokong NZ kecewa selepas pasukan tuan rumah tersingkir

Jul 31, 2023 | 03:47 PM



AUCKLAND: Suasana menjadi senyap di dalam Shed 6 di tepi pantai Wellington sejurus wisel penamat ditiup – petanda berakhirnya impian pasukan Piala Dunia Wanita New Zealand.


Sejurus kemudian, tepukan gemuruh diberikan oleh ratusan penduduk tempatan yang menonton di skrin besar di ibu negara New Zealand itu.

Setelah meraih kemenangan pertama bersejarah ke atas Norway pada malam pembukaan kejohanan, pasukan tuan rumah bersama itu tersingkir daripada pertandingan pada 9 malam waktu tempatan, pada Ahad yang penuh ketegangan.

Selepas seri tanpa jaringan dengan Switzerland, Football Ferns – gelaran kepada pasukan New Zealand – menamatkan saingan dengan empat mata daripada tiga perlawanan – jumlah yang sama dengan Norway, yang menewaskan Filipina 6-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka.

Perbezaan gol unggul Norway menyaksikan mereka mara bersama pemenang Kumpulan A, Switzerland ke peringkat kalah mati.

Peminat memukul meja dan meraung apabila syarat diberikan sekurang-kurangnya lapan minit masa rehat dalam perlawanan New Zealand-Switzerland.

Sorakan dan wisel meriuhkan suasana apabila penjaga gawang Football Ferns, Victoria Esson, mengambil tendangan sudut pada minit ke-96 – namun tandukan yang dilakukan salah seorang pemain penyerang pasukan itu tersasar.

Malah para peminat Jepun, yang berada di bandar untuk pertemuan Kumpulan C dengan Sepanyol pada Isnin, bersorak setiap kali New Zealand membuat serangan.

Pada akhirnya, terdapat rasa kekecewaan bercampur bangga apabila Football Ferns tersingkir.

“Ada banyak lagi Piala Dunia akan datang dan wanita New Zealand semakin baik dalam bola sepak,” kata Terry Lynch, yang menonton perlawanan di skrin besar bersama anaknya Dante.

“Pujian harus diberikan kepada Football Ferns kerana saya fikir mereka bermain dengan hebat.


“Malangnya gol adalah apa yang diperlukan untuk memenangi perlawanan dan kami gagal memperolehnya. Anda menentang pasukan yang terbaik di dunia, dan anda perlu berada dalam prestasi terbaik sepanjang masa.

“Tetapi seperti yang anda rasakan bahawa meskipun timbul kekecewaan, namun terdapat kebanggaan di sebalik persembaha pasukan wanita itu.

“Saya tidak sabar untuk melihat di mana kami akan berada dalam tempoh empat tahun akan datang apabila Piala Dunia seterusnya berlangsung. Kami akan kembali.”

Annie Kennedy berkata pasukan Football Ferns telah menukar pandangan ke atas pasukan New Zealand walaupun mereka tersingkir.


“Memang menyedihkan bahawakami tersingkir, tetapi saya benar-benar menaruh harapan,” tambahnya.

“Terdapat perasaan berpuas hati di negara ini sehinggalah New Zealand tidak mencapai apa jua dalam kejohanan ini.

“Tetapi kemenangan pertama ke atas Norway itu benar-benar mengubah pemikiran semua orang untuk berfikir bahawa ‘sesuatu boleh berlaku’. Ada harapan dan kepercayaan yang tidak wujud ada sebelum ini. Jadi saya melihat itu sebagai satu kejayaan besar.”

Cik Annie berkata beliau “teruja” tentang masa depan pasukan Football Ferns.


“Terdapat beberapa pemain berpengalaman dalam pasukan yang akan pergi tidak lama lagi,” tambahnya.

“Saya fikir tempoh masa seterusnya sebelum Piala Dunia Wanita akan datang akan menjadi sangat genting.”

Selepas penyingkiran New Zealand, seorang penonton Mandy Lewis berkata yang beliau akan menyokong pasukan lain pada kejohanan itu tetapi tidak memutuskan siapa.

“Sudah tentu bukan Australia,” tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >