Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Persaingan rebut kelayakan Eropah tambah sengit

May 06, 2024 | 03:05 PM



LONDON: Perjuangan Aston Villa untuk mengakhiri musim Liga Perdana England (EPL) di tempat empat teratas terjejas apabila mereka dikalahkan 1-0 oleh Brighton and Hove Albion.


Chelsea pula menundukkan West Ham 5-0 dengan selesa untuk mengekalkan harapan memperolehi kelayakan bola sepak Eropah pada 5 Mei.

Seandainya Villa berjaya menewaskan Brighton apabila Tottenham Hotspur tewas 4-2 kepada Liverpool, pasukan bimbingan Unai Emery akan mengesahkan kelayakan Liga Juara-Juara.

Namun, Villa gagal menewaskan Brighton, malah mereka tewas apabila penyerang Brighton, Joao Pedro, menjaringkan gol pada minit ke-87 untuk menimpakan Villa kekalahan kedua dalam tempoh empat hari.

Pemain warga Brazil itu menjadi pemain pertama menjaringkan sekurang-kurangnya 20 gol dalam semua pertandingan sejak Glenn Murray, yang menjaringkan 23 gol pada musim 2016-17.

Jaringan beliau juga memberi kemenangan pertama Brighton dalam tujuh perlawanan.

“Sudah lama saya tidak mengalami perasaan ini,” kata kapten Brighton, Lewis Dunk, kepada media.

“Prestasi kami tidak cukup bagus tetapi kami berjaya mendapatkan kemenangan,” tambahnya.

Brighton sepatutnya mendahului perlawanan pada minit ke-68 tetapi semakan video penolong pengadil (VAR) membatalkan jaringan Pascal Gross.

Villa kekal di tempat keempat EPL, tujuh mata di depan Tottenham yang berada di tempat kelima. Namun, Tottenham masih punyai kelebihan satu perlawanan.

Villa akan berdepan dengan Liverpool dan Crystal Palace untuk dua perlawanan terakhir mereka.

Di Stamford Bridge, Chelsea menundukkan West Ham 5-0 untuk melepasi Manchester United di tempat ketujuh EPL.

Pengurus Chelsea Mauricio Pochettino masih berusaha untuk meyakinkan pemilik bersama Chelsea, Todd Boehly, untuk memberinya peluang untuk kekal di Tottenham bagi musim kedua.

Memperolehi kelayakan Eropah mungkin akan membantu Pochettino meyakinkan Boehly.

Cole Palmer membuka tirai perlawanan melalui jaringan ke-21 beliau pada minit ke-15.

Beliau kini hanya empat gol kurang berbanding Erling Haaland dalam perlumbaan merebut but emas musim ini.

Beliau juga merupakan pemain ketiga dalam sejarah EPL untuk memperolehi sekurang-kurangnya 30 ‘assist’ dan gol dalam satu musim oleh seorang pemain berusia 21 tahun ke bawah.

Conor Gallagher pula menggandakan kelebihan gol Chelsea pada minit ke-30.

Hanya enam minit kemudian, Noni Madueke menambah jaringan Chelsea melalui hantaran Thiago Silva.

Nicolas Jackson memburukkan keadaan West Ham dengan dua jaringan beliau pada minit ke-48 dan minit ke-80.

Ini merupakan kali pertama sejak Januari di mana Chelsea berjaya mendapatkan dua kemenangan EPL berturut-turut selepas kemenangan ke atas Tottenham pada 3 Mei.

“Selepas kemenangan menentang Tottenham, untuk mendapatkan kemenangan sekali lagi hari ini merupakan sesuatu yang amat baik,” kata Pochettino kepada media.

“Ia perlawanan yang baik, ia sangat hebat. Mereka bertindak dengan cara yang betul. Saya sangat puas dengan bagaimana kami bersaing pada 3 Mei.

“Kami mempunyai ramai pemain yang berbakat untuk menghasilkan peluang dan menjaringkan gol. Kami perlu kekalkan keyakinan dan rentak perlawanan ini,” tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >