Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kelayakan Piala Dunia 2026

S’pura tunjuk semangat juang, tapi tetap tewas 1-4 kepada China

Mar 26, 2024 | 11:16 PM



Pasukan Singa berjaya bersaing dengan China buat sebahagian besar permainan, tetapi pertahanan yang runtuh pada 10 minit terakhir bermakna ia tetap tewas 1-4 kepada lawan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Pusta Olimpik di Tianjin pada 26 Mac.

Kekalahan itu bermakna pasukan Singa hanya mengumpul satu mata daripada empat perlawanan dan kekal terperosok di tangga corot Kumpulan C. China pula naik ke tangga kedua dengan tujuh mata, dalam kumpulan yang turut dianggotai Korea Selatan dan Thailand.

Satu mata itu dikutip daripada perlawanan memberi perangsang di Stadium Negara pada lima hari lalu, apabila anak didik Tsutomu Ogura berjaya bangkit untuk mengikat China 2-2 walau setelah ketinggalan dua gol.

Namun, kemenangan yang diharapkan semasa menentang China- yang menduduki ranking ke-88 di kandang lawan - tidak mencul.

Sebaliknya, tiga gol – satu tendangan penalti oleh Fernandinho dan dua gol dalam 10 minit terakhir hasil sumbangan Wu Lei dan Wei Shihao – dalam separuh kedua memisahkan kededua pasukan, selepas jaringan terikat 1-1 di waktu rehat.

Wu membuka tirai jaringan pada minit ke-21, tetapi Faris Ramli, yang menjaringkan gol dalam perlawanan di Singapura, bertindak cemerlang untuk menyamakan kedudukan seminit selepas itu.

Pada malam sejuk serendah 9 darjah Celsius di Tianjin, China, Ogura membuat lima pertukaran termasuk di bahagian tengah pertahanan kerana Safuwan Baharudin dan Lionel Tan digantung dan tidak bertandang ke China bersama pasukan.

Kapten dan pemain midfield, Hariss Harun, dikerahkan dan Irfan Fandi dikerah mengisi kekosongan itu, dengan Ogura menyusun pasukan mengikut formasi 4-1-3-2 dengan tujuan mengasak benteng China. Dalam aksi sebelumnya, warga Jepun itu menyusun sistem permainan, 4-5-1, yang defensif.

Pemain midfield, M. Anumanthan, juga terlepas menyertai skuad selepas mengalami kecederaan.

Harhys Stewart mengambil kesempatan untuk tampil bagi kali kedua berturut-turut dalam jersi nasional, sementara wira gol penyamaan di Stadium Negara, Jacob Mahler diberi kepercayaan untuk mengawal bahagian tengah. 

Serangan Singa pula dipimpin oleh Faris dan Shawal Anuar. 

China memulakan perlawanan dengan lebih rancak, menguasai bola dan mencipta beberapa peluang jaringan yang baik.

Sementara itu, Singapura kurang kemas membuat hantaran dan cuai ketika memiliki bola. Dalam pertahanan, mereka mengekalkan garisan tinggi untuk menjerat pemain lawan dalam kedudukan ofsaid.

Langkah itu namun membawa padah pada minit ke-21 apabila satu serang balas kilat membenarkan Wu menembusi pertahanan dan penyerang itu dengan tenang menendang bola melepasi dakapan penjaga gol Singapura, Hassan Sunny.

Namun, kegembiraan China hanya kekal seketika apabila benteng pertahanannya runtuh dan dibolosi Faris kurang seminit selepas itu. Ryhan membuat hantaran kemas dari sayap yang diasmbut Faris dengan kepalanya, menanduk masuk gol penyamaan.

Separuh kedua menyaksikan aksi sengit dengan kededua pasukan tekad mencari gol kemenangan.

Ogura menyuntik kesegaran pada bahagian serangan Singapura selang sejam perlawanan, memasukkan Ikhsan Fandi dan Song Uiyoung untujk menggantikan Faris dan Shawal.

Namun, kecuaian semasa mempertahankan tendangan penjuru menghadiahkan China sepakan penalti, apabila pengadil mendakwa Mahler menarik baju lawan dan melayangkan kad kuning kepadanya.

Fernandinho beraksi cemerlang menyempurnakan sepakan pada minit ke-65 dan meletakkan China di hadapan.

Drama kemudian menyusul pada minit ke-79 apabila pemain China, Li Yuanyi, dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Singapura, Joel Chew.

Kekasaran itu turut mencederakan Chew dan kededua pasukan bermain 10 minit terakhir perlawanan dengan 10 pemain, kerana Ogura telah membuat lima pertukaran maksimum yang dibenarkan.

Ketika Singapura menghantar ramai pemain ke depan untuk menyerang dan mencari gol penyamaan, China mengambil kesempatan pertahanan pasukan Singa yang longgar dan menyerang balas.

Wu merebut peluang dan menjaringkan gol keduanya pada malam itu - yang keempat dalam dua perlawanan berturut-turut - pada minit ke-85.

Lima minit kemudian, gawang Hassan sekali lagi mudah dibolosi, kali ini menerusi Wei Shihao, yang memberikan China kemenangan selesa dan yang kedua dalam pusingan kelayakan ini. 

Singapura seterusnya berdepan Korea Selatan di Stadium Negara pada 6 Jun sebelum menentang Thailand lima hari kemudian di kandang lawan dalam dua perlawanan kelayakan terakhir mereka. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >