Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Strategi ‘gegenpress’ Liverpool mampu tundukkan Spurs

Sep 30, 2023 | 05:30 AM



Tidak dapat dinafikan, pertemuan antara Liverpool dengan Tottenham Hotspur pada tengah malam Ahad ini bak pertarungan dua harimau sekandang.

Kedua-duanya sama hebat, dengan masing-masing kelab menonjolkan benteng pertahanan kental dan jentera serangan berbisa.

Baik Liverpool mahupun Spurs, kedua-duanya belum pernah kalah sejauh ini dalam enam perlawanan Liga Perdana England (EPL) musim 2023/2024.

Sedang The Reds berada di tangga kedua kerana keciciran dua mata di belakang pendahulu liga, Manchester City, disebabkan keputusan seri dalam perlawanan sulungnya, The Lilywhites pula ketinggalan dua mata di belakang Liverpool kerana mencatat dua keputusan seri bagi jumlah perlawanan yang sama.







Tentu saja, pengurus Spurs, Ange Postecoglou, mahu memastikan kesemua anak buahnya berada dalam kedudukan terbaik – daripada penjaga gawang hinggalah kepada barisan pemain di bangku simpanan – apabila beraksi di depan puluhan ribu penyokong sendiri di Stadium Tottenham Hotspur, di High Road, London.

Meskipun sebelum ini ada laporan menyatakan kuda tambatan, Son Heung-min, dan nadi penggempur, James Maddison, mengalami kecederaan akibat beraksi dalam perlawanan menentang Arsenal yang berkesudahan seri 2-2 minggu lalu, Postecoglu menyatakan mereka cergas.

Walaupun berita ini tentunya disambut baik oleh penyokong dan peminat Spurs, hal ini rasanya tidak sedikitpun menjejas tumpuan apalagi menggentarkan The Reds untuk mengecap kemenangan keenam.


Biarpun dua pemain utama, Thiago Alcantara dan Trent Alexander-Arnold, mengalami kecederaan serius hingga terpaksa digugurkan daripada kesebelasan utama untuk satu tempoh panjang, ketiadaan mereka tidak begitu dirasakan.

Bahkan, prestasi cemerlang anak buah Juergen Klopp pada masa ini sangat menonjol. Kejayaan mereka menewaskan Leicester City dalam pusingan ketiga Piala Liga di padang sendiri pagi Khamis lalu menyerlahkan kelakonan The Kop – mencatat kemenangan 3-1 buat kali keempat berturut-turut.


Pendekatan Klopp menerusi taktik gegenpressing dengan setiap pemain yang hilang kawalan bola akan cuba merampasnya semula dalam masa terpantas, dan mengatur strategi serangan sebaik merampas semula bola, menjadikan permainan pantas Liverpool sukar dibendung kubu lawan.


Barisan depan yang dipimpin Mohamed Salah, Darwin Nunez, Luiz Diaz, Dominik Szoboszlai, Andy Robertson dan Cody Gakpo, membentuk jentera penggempur Liverpool yang cukup menggerunkan.

Perangkaan menunjukkan dalam enam perlawanan EPL, mereka telah membuat 3,429 hantaran dengan 87 peratus ketepatan, menjaringkan 2.5 gol dalam setiap perlawanan dan lima percubaan terkena tiang.







Kesemua mereka – baik penyerang mahupun pemain tengah dan sayap – mampu merempuh benteng pertahanan lawan dengan larian ligat selain mampu mengawal dan mengatur rentak serangan secepat kilat. Malah, kesemua nama-nama ini telah mencatat nama sebagai penjaring.

Di barisan pertahanan, Alisson dibentengi Vigil van Dijk, Ibrahima Konate, Joel Matip, Joe Gomez dan Kostas Tsimikas.

Gandingan dan persefahaman baik menjadikan mereka berjaya mengawal gawang daripada dibolosi dengan keupayaan adangan 0.83 untuk setiap perlawanan, berjaya melakukan 62 peratus ‘bentesan’ bagi mematikan serangan dan 22 kali menafikan peluang jaringan gol pihak lawan.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga diakui kebolehan dalam merapikan jentera serangan.

Apa yang jelas, Liverpool pada musim ini mengetengahkan barisan pemain yang muda dan mantap, menggigit lagi menyengat.

Ketrampilan mereka dibuktikan berulang kali dengan keupayaan untuk bangkit selepas pasukan lawan mendahului permainan.

“Kami melakukan permulaan yang baru. Itulah hakikatnya. Kami tidak mahu meneruskan apa yang telah kami tinggalkan pada musim lalu.

“Kami harus mewujudkan sesuatu yang baru dan itulah yang sedang kami lakukan sementara cuba memenangi perlawanan bola sepak. Ke mana ia membawa kami, saya tidak pasti,” kata Klopp kepada pihak media dalam sidang akhbar Liverpool semasa EPL membuka tirainya.

Selepas enam perlawanan, kali ini giliran Spurs tampil menguji.

Liverpool pantang dicabar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >