Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Suspek simbah asid ke atas pemain bola sepak M’sia ditahan

May 06, 2024 | 02:46 PM



PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan disyaki terbabit dalam kes simbahan asid ke arah pemain bintang Selangor FC dan pemain kebangsaan Faisal Halim di sebuah pusat beli belah di Damansara pada 5 Mei.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 20-an tahun dan akan mendapatkan perintah reman pada 6 Mei.

“Kita telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal). Kita akan memanggil beberapa saksi bebas bagi membantu siasatan. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Faisal Halim diserang individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disimbah asid.

Pada 5 Mei, Exco Selangor, Encik Mohd Najwan Halimi, mengesahkan pemain bola sepak kebangsaan serta Selangor FC itu mengalami kecederaan lecur tahap dua akibat disimbah cecair dipercayai asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara.

Beliau berkata pemenang Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu yang sedang dirawat di sebuah hospital berdekatan, lecur pada bahagian sekitar leher, bahu, lengan dan dada, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau telah berhubung dengan pihak pengurusan Selangor FC dan dimaklumkan bahawa pemain sayap kebangsaan itu kini berada dalam keadaan stabil.

Encik Mohd Najwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik mengecam keras serangan itu dan mahu polis menjalankan siasatan dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

“Didoakan agar saudara Faisal diberikan kekuatan dan semangat dalam menghadapi musibah ini, serta dikurniakan kesembuhan segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Awal dari itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, meminta agar polis segera menyiasat insiden berunsur keganasan membabitkan Faisal Halim.

Sultan Sharafuddin selaku Penaung Selangor FC dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai Presiden Selangor FC mengecam sekeras-kerasnya serangan tidak bermoral itu dan mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian serta mencari punca sehingga pelakunya dapat ditangkap segera.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, beliau berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis.

“Sultan memandang serius kejadian ini dan mahu siasatan turut merangkumi kemungkinan sekiranya ada melibatkan kegiatan kumpulan yang berniat jahat atau keingkaran awam seperti samseng bola sepak.

“Sultan amat kecewa dan menganggap kejadian seumpama ini sebagai melampau kerana melibatkan nyawa ahli sukan,” menurut kenyataan itu.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim turut mengutuk kejadian tersebut, menerusi kenyataan di Instagram.

“Saya mengecam kejadian yang melibatkan pemain bola sepak, Faisal Halim dan Akhyar Rashid, susulan keselamatan serta kesejahteraan mereka diganggu oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.

Saya berharap agar PDRM segera menyiasat kes-kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya,” ujar beliau.

Pada 2 Mei lalu, Akhyar Rashid yang menyertai skuad Terengganu atas status pemain pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT), cedera apabila disamun di sebuah kondominium di Kuala Terengganu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >