Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Svitolina terus sokong perjuangan rakan senegara Ukraine lawan Russia

Feb 26, 2024 | 05:30 AM



Ketika penonton bersorak memanggil nama, Elina Svitolina, yang berada di Gelanggang Utama untuk beraksi dalam perlawanan separuh akhir Wimbledon, berjuta-juta orang di negara asalnya, Ukraine, turut memberi sokongan.

Berlindung di tempat perlindungan bom dan stesen bawah tanah daripada serangan Russia, mereka masih sempat menghadap peti televisyen untuk menonton perlawanan itu.

Dan kerana Ukraine menyokong Svitolina, begitu juga Svitolina menyokong Ukraine.

Hanya beberapa bulan sebelum mara ke pusingan separuh akhir di Kelab All England pada Julai 2023, Svitolina berada di negara asalnya, melihat sendiri kerosakan akibat pencerobohan Russia itu.

Beliau kembali lagi pada November 2023. Setiap kali, beliau dikejutkan oleh “kengerian dan kesan” pencerobohan Russia.

“Sudah pasti perasaan bercampur baur,” katanya kepada, BBC Sport, tentang perjalanannya pulang ke Ukraine.


“Memang gembira apabila pulang, tetapi juga agak menakutkan kerana bandar-bandar besar berada di bawah ancaman serangan udara sepanjang masa.

“Tetapi apa yang mengejutkan saya ialah semangat rakyat (Ukraine). Semangat yang tidak dapat dihancurkan yang mereka bina sepanjang dua tahun perang adalah menakjubkan.”

Sebahagian daripada semangat itu, yang lahir daripada konflik, mengembara bersama Svitolina ke persekitaran yang jarang berlaku di Kelab All England.

Semasa perlawanan separuh akhir Wimbledon menentang Marketa Vondrousova, Svitolina teringat kembali orang yang ditemui di rumahnya.

“Tentera yang berani mempertahankan negara kita,” katanya.

“Saya fikir tentang mereka, bagaimana perasaan mereka apabila mereka berada di sana menghadapi detik-detik yang sangat berbahaya. Dan saya dalam keadaan sempurna di Gelanggang Utama di Wimbledon, hanya bermain tenis.

“Jadi kenapa saya perlu gementar sangat?”

Pada awal kejohanan itu, Svitolina menewaskan pemain Belarus, Victoria Azarenka.

Belarus menjadi tuan rumah tentera Russia, membenarkan sekutu mereka melancarkan pencerobohan dari medan barisan peperangan lain, berhampiran dengan Kyiv.

Svitolina, seperti semua pemain Ukraine, telah berikrar tidak akan berjabat tangan dengan lawannya, baik dari Russia mahupun Belarus, hingga keamanan dipulihkan dan wilayah Ukraine dikembalikan.

Di Wimbledon, Azarenka, yang mengutuk keganasan terhadap Ukraine, diejek oleh penonton di Gelanggang Satu.

Sebulan sebelumnya, Svitolina sendiri diejek oleh peminat di pertandingan Terbuka Perancis kerana enggan berjabat tangan dengan seorang lagi pemain Belarus – Aryna Sabalenka – selepas dikalahkan.

Ia menjadi kontroversial dan, bagi sesetengah orang, itu adalah pendirian mengelirukan.

Namun Svitolina tetap dengan pendiriannya.

“Sudah tentu barisan utama adalah askar kami, dan kami cuba menyokong mereka dengan segala yang kami ada... dengan wang, cuba membantu mereka melawan musuh.

“Juga penting untuk membantu mereka agar tidak patah semangat. Mereka masih mengikuti sukan ini, mereka membaca berita. Bagi kami, ia adalah keputusan bersatu kami untuk menentang perang ini.”

Svitolina berasal dari pelabuhan selatan Odesa. Dan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, bandar itu sering dijadikan sasaran serangan Russia.

“Ya, ia mengerikan. Sungguh mengerikan. Bapa saudara saya dan keluarganya ada di sana. Nenek saya masih di sana. Saya sangat rapat dengannya,” kata Svitolina.

“Sungguh sukar untuk melihat berita setiap hari. Saya cuba bercakap dengannya dan mengekalkan semangatnya.

“Nenek saya suka bercakap dengan kami, hanya untuk berada dalam saat di mana kehidupan anda begitu normal.

“Setiap hari di sana kedengaran semboyan, ada roket, semua bunyi itu mengelilinginya, jadi beliau mahu melihat keluarga saya dan melihat kehidupan normal.

“Saya tidak dapat membayangkan betapa bercelarunya pemikiran beliau.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >