Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Tandukan Luis Diaz selamatkan Liverpool daripada tewas di tangan Luton

Nov 06, 2023 | 07:37 PM



LUTON: Pemain gantian Liverpool, Luis Diaz, menjadi penyelamat pasukan daripada kekalahan mengejut selepas menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan pada Isnin menentang Luton Town.


Perlawanan Liga Perdana England (EPL) itu menyaksikan anak didik Jurgen Klopp seri 1-1 di padang lawan.

Diaz menggantikan Ryan Gravenberch pada minit ke-83 dan menyempurnakan hantaran lintang Harvey Elliott pada masa kecederaan untuk memastikan Liverpool tidak pulang dengan tangan kosong.

Awal dari itu pada minit ke-80, Tahith Chong menjaringkan gol Luton selepas menyempurnakan serangan kilat.

Ia adalah penampilan pertama Diaz untuk pasukannya sejak ibu bapanya diculik di negara asalnya iaitu Colombia, pada hujung minggu sebelum ini.

Ibu beliau berjaya diselamatkan anggota polis dalam beberapa jam tetapi bapanya masih hilang semasa rundingan berlangsung.

Semasa meraikan jaringan, Diaz membuka sedikit jersinya untuk mendedahkan kemeja-T dengan kekata “Libertad Para Papa” (“Kebebasan untuk Papa”).

Pada lawatan EPL pertama dalam tempoh lebih 30 tahun di Kenilworth Road tempat terletaknya stadium Luton Town, Liverpool, kelihatan goyah dek suasana riuh stadium tersebut.

Anak buah Klopp seperti tidak dapat bermain pada tahap terbaik semasa menentang Luton, pasukan yang membanteras serangan Liverpool dan menunggu peluang mereka untuk mengasak dari barisan pertahanan.

Sekiranya Liverpool menang perlawanan ini, ia akan naik ke tangga kedua EPL. Namun, keputusan seri bermakna ia hanya berada di tempat ketiga, di belakang Manchester City dan Tottenham Hotspur.

Kapten dan tonggak pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk, berkata: “Saya rasa kami menyukarkan diri kami sendiri.

“Ia sentiasa sukar untuk ke sini, kami telah melihatnya dengan pasukan lain yang datang ke sini (Kenilworth Road). Anda perlu jadikannya lebih mudah untuk diri sendiri dan (salah satu cara) adalah apabila menjaringkan gol, ia mengubah dinamik permainan.”

Tonggak serangan, Darwin Nunez, mempunyai banyak peluang menjaringkan gol.

Penyerang asal Uruguay itu menyaksikan sepakannya terkena palang menyusuli hantaran hebat daripada bek sayap Trent Alexander-Arnold pada separuh masa pertama.

Beliau barangkali membuat kesilapan terbesar musim EPL kali ini pada separuh masa kedua setelah sepakan voli dari jarak dua meter tersasar menyusuli tandukan Mohamed Salah.

Selepas perlawanan, Klopp menjelaskan: “Melihat perlawanan, saya rasa kami tidak layak mendapat lebih daripada satu mata.

“Kami boleh memenangi perlawanan dengan peluang yang kami ada tetapi sekarang, melihat kembali, saya rasa kami berhak mendapat satu mata.”

Liverpool seterusnya akan ke Toulouse untuk berdepan dengan kelab itu dalam Liga Eropah pada Khamis sebelum menentang Brentford di padang sendiri pada Ahad dalam EPL.

Luton pula kekal pada tangga corot liga, iaitu di tangga ke-17. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >