Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ten Hag kian tertekan, Man U tak mampu kalah lagi

‘The Red Devils’ perlu bangkit segera tetapi berhadapan Brentford yang juga terdesak cari kemenangan
Oct 06, 2023 | 02:28 PM



MANCHESTER: Selepas permulaan musim Liga Perdana England (EPL) yang mengecewakan, Manchester United akan menghadapi penyokong setia Old Trafford yang semakin tidak berpuas hati apabila mereka menerima kunjungan Brentford pada Sabtu.


United tewas 2-3 kepada kelab Turkey, Galatasaray, dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada pertengahan minggu manakala Brentford baru-baru ini mencatat keputusan seri 1-1 menentang Nottingham Forest.

Bintang penyerang United, Rasmus Hojlund, juga mengakui bahawa kelab itu berada dalam krisis selepas dua jaringannya ke atas Galatasaray terbukti sesia belaka apabila United – yang bermain dengan 10 pemain selepas Casemiro dilayangkan kad merah – ditewaskan Galatasaray melalui kesilapan individu sekali lagi.

United telah mengalami dua kekalahan berturut-turut di stadium sendiri.

Kini berada di kedudukan corot kumpulan Liga Juara-Juara mereka tanpa satu mata pun dan merosot ke tempat ke-10 dalam EPL – hanya sembilan mata daripada 21 setakat ini – rungutan mengenai perubahan pengurusan semakin lantang tetapi pengurus pasukan, Erik ten Hag, dipercayai masih mempunyai sokongan penuh pemilik United.

Lima daripada tujuh perlawanan terakhir di Old Trafford kini telah berakhir dengan kekalahan – termasuk tiga daripada empat perlawanan mereka dalam EPL.

Rekod yang tidak diinginkan – United tewas tiga kali berturut-turut di Old Trafford buat kali pertama – mungkin akan dicapai Ten Hag jikalau United kalah kepada Brentford pada Sabtu.

Namun, Brentford juga mengharungi keputusan yang mengecewakan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, setelah gagal mendapatkan kemenangan ke atas Forest yang bermain dengan 10 pemain di City Ground pada 1 Oktober.

September merupakan bulan yang ingin dilupakan pengurus Brentford, Thomas Frank, selepas pasukannya gagal mendapatkan satu kemenangan pun dan menyaksikan impian Piala Liga mereka berakhir di tangan Arsenal.

Brentford akan ke Old Trafford tanpa kemenangan dalam lima perlawanan berturut-turut – meletakkan mereka di tempat ke-14 dalam EPL.

Penyokong United tidak perlu diingatkan tentang kekalahan teruk 0-4 kepada Brentford pada musim 2022, tetapi United telah memenangi kededua perlawanan sejak itu menentang Brentford tanpa melepaskan jaringan gol.

Namun, pemain pertahanan utama United, Lisandro Martinez, disahkan bahawa kecederaan kakinya semakin teruk dan dijangka tidak dapat bermain hingga 2024 selepas menjalani pembedahan kedua.

Brentford juga berdepan dengan masalah kecederaan, termasuk kecederaan lutut jangka panjang bek kiri, Rico Henry. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >