Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ten Hag masih berharap Man U layak ke Liga Juara-Juara

Mar 04, 2024 | 03:16 PM



MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, enggan berhenti berharap dapat layak ke Liga Juara-Juara walaupun pasukannya kini 11 mata di belakang pasukan kedudukan keempat Liga Perdana England (EPL), Aston Villa, dengan baki 11 perlawanan sahaja.


Pemilik baru bersama United, Jim Ratcliffe, telah meletakkan kelayakan Liga Juara-Juara sebagai matlamat utama kelabnya musim ini.

Namun, selepas kekalahan 3-1 United kepada Manchester City, United perlu berharap prestasi Villa akan merosot, ataupun kelayakan pertandingan tersebut dibuka kepada pasukan tempat kelima EPL.

“Keadaan boleh berubah dengan pantas,” kata ten Hag.

“Ia mungkin satu kelebihan jika kelayakannya dibuka kepada pasukan tempat kelima, jadi kami perlu berjuang dan menang perlawanan kami,” tambah beliau.

United telah menentang Villa dan Tottenham dua kali musim ini.

Villa akan menentang Tottenham pada 10 Mac.

England akan dapat lima tempat kelayakan Liga Juara-Juara berdasarkan prestasi pasukan EPL dalam pertandingan Eropah musim ini.

Mereka akan dinilai bersama pasukan-pasukan negara lain dan negara kedua teratas akan dapat melayakkan pasukan mereka ke Liga Juara-Juara melalui ‘Slot Prestasi’ Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).

Kini Italy dan Jerman ada dalam kedudukan kedua teratas, dengan England di tempat ketiga.

Ini bermakna United mesti mengharapkan City, Liverpool, dan pasukan EPL yang lain terus mara dalam pertandingan Eropah dan harap kelab-kelab Italy dan Jerman disingkirkan.

Namun, United tetap perlu melepasi Villa ataupun Tottenham – sesuatu yang kelihatan amat sukar dicapai.

Walaupun United mendahului perlawanan awal melalui jaringan hebat, Marcus Rashford, pasukan bimbingan ten Hag hanya mempunyai 26 peratus kawalan bola dan hanya menghasilkan tiga percubaan jaringan dalam perlawanan itu.

Kekalahan itu merupakan kekalahan ke-11 mereka di EPL – satu kekalahan kurang daripada musim paling teruk mereka pada 2022 dan juga pada musim 2013-14, dengan pengurus United ketika itu, David Moyes, dipecat.

Dengan pengarah baru United, Dave Brailsford, memerhatikan perkembangan kelab tersebut, ia mungkin kelihatan bahawa prestasi ten Hag tidak meyakinkan, walaupun ten Hag berpendapat pasukannya bermain dengan baik.

“Bola sepak bukan hanya tentang kawalan bola,” kata ten Hag.

“Sudah tentu anda perlu kawalan bola untuk menjaringkan gol, tetapi pada 20 minit pertama perlawanan, kami mempunyai lebih peluang dan kami bertahan dengan baik tanpa kawalan bola.

“Kami tidak memanfaatkan peluang yang ada semasa detik-detik penentuan... tetapi kami hampir menang ataupun sekurang-kurangnya seri perlawanan ini,” tambah beliau.

Ramai juga mungkin tidak bersetuju dengan pendapat ten Hag bahawa pasukannya sepatutnya diberikan tendangan percuma selepas Rashford dikasari Kyle Walker, beberapa detik sebelum serangan balas City yang mendatangkan gol penyamaan City melalui Phil Foden.

“Mungkin Rashford dikasari dengan mudah tetapi apabila anda berlari dengan pantas dan anda ditarik sedikit, anda akan hilang kawalan,” jelas beliau.

Hakikatnya bagi ten Hag ialah Brailsford, Ratcliffe dan mungkin Dan Ashworth akan menentukan nasibnya sebagai pengurus United – bergantung pada bila United boleh mencapai persetujuan dengan Newcastle bagi pengarah sukan mereka mula bekerja di United.

Dengan perlawanan di tempat sendiri menentang Liverpool dalam EPL dan Piala FA, dan juga perlawanan menentang Chelsea pada Mac dan Everton di Old Trafford pada 9 Mac, nasib ten Hag kelihatan seperti ia sudah tertulis. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >