Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

United cemerlang, tundukkan Chelsea 2-1

Dec 07, 2023 | 12:33 PM



MANCHESTER: Selepas tumpas di tangan Newcastle yang mencetuskan banyak laporan mengenai pergolakan dalam kalangan pemain Manchester United, pengurus United, Erik ten Hag, berkata bahawa pasukannya ingin menyampaikan mesej kepada penyokong mereka di Old Trafford pada 7 Disember.


Misi mereka tercapai. Pemain tengah United, Scott McTominay, menjaringkan dua gol dan United mendominasi Chelsea secara menyeluruh dan menang 2-1.

Keputusan itu membantu United untuk naik ke tangga keenam dan ini merupakan kemenangan keempat dalam lima perlawanan Liga Perdana England (EPL) mereka.

“Kami gembira dengan keputusan dan persembahan kami. Kami layak mendapatkan kemenangan ini,” kata ten Hag kepada media.

“Kami mahu menghantar mesej ini kepada penyokong, bahawa ini gaya permainan kami. Dalam 30 minit pertama kami lakukannya dengan sempurna di atas padang.

“Apabila tidak berada dalam prestasi terbaik pada hari itu, anda akan dikalahkan.

“Kami tahu tentang perkara ini dan kami memerlukan sikap yang betul untuk setiap perlawanan,” tambah ten Hag.

Kelab itu telah melarang empat wartawan daripada menghadiri persidangan praperlawanan pada 6 Disember selepas mereka melaporkan bahawa ten Hag telah hilang kawalan 50 peratus pemainnya.

Kelab itu juga berkata dalam sebuah kenyataan bahawa mereka melarang wartawan tersebut kerana United tidak diberikan hak untuk menjawab laporan-laporan negatif yang dihasilkan.

Ten Hag berkata lagi bahawa beliau tidak risau tentang perkara itu.

“Saya tidak peduli dengan ‘bunyi bising’ itu,” katanya,

“Mereka sudah biasa dengannya. Ia sama (semasa beliau mengurus) Ajax, tetapi negaranya lebih kecil dan kurang orang,” tambah beliau.

Kemenangan pada 7 Disember menyaksikan orang ramai di Streford End, Old Trafford menyanyikan lagu ‘Erik ten Hag’s Red Army’ di akhir perlawanan.

Pemain tengah United, Sofyan Amrabat mempertahankan pengurusnya selepas kemenangan itu.

“Beliau antara yang terbaik di dunia,” kata Amrabat kepada media.

“Beliau seorang jurulatih yang hebat dan kami semua menyokongnya,” tambah Amrabat.

Sementara itu, ten Hag memuji persembahan McTominay.

Walaupun McTominay telah menjaringkan dua gol dan merupakan penjaring terbanyak United musim ini dengan lima gol, beliau mempunyai banyak peluang lain, termasuk dua rembatan yang memaksa penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez, menyelamatkan bola dengan baik.

“McTominay bermain dengan hebat,” akui ten Hag.

“Beliau mempunyai peranan penting untuk dimainkan. Beliau seorang pemain yang memang baik.

“Penguasaan bola beliau cukup dinamik. Beliau menjaringkan dua gol dan mampu mendapatkan lebih banyak lagi.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >