LONDON: Arsene Wenger telah mengingatkan bintang-bintangnya agar tidak terbawa-bawa selepas mereka mempamerkan persembahan cemerlang semasa membelasah Ludogorets 6-0 dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara kelmarin.
Prestasi Arsenal kini berada pada tahap tertinggi dan kelab kerdil Bulgaria, Ludogorets, tidak dapat melakukan apa-apa untuk menghalang kelab Liga Perdana itu daripada mencatatkan tujuh kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.