SETIAP anggota isi rumah rakyat Singapura menerima sekitar $2,000 secara purata daripada langkah-langkah bantuan bagi keluarga dan individu semasa pandemik Covid-19 yang diperkenalkan tahun lalu.
Ini termasuk langkah seperti Pakej Penjagaan dan Sokongan (CSP) yang menyediakan bantuan kepada keluarga untuk menampung sebahagian kos perbelanjaan dan Dana Bantuan Kewangan Sementara (TRF) yang menyediakan bantuan kewangan sekali sebanyak $500 kepada mereka yang memerlukan bantuan segera.