Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Budak kampung lama ziarah Geylang Serai baru

Dec 25, 2022 | 05:30 AM



BARU-BARU ini saya mengunjungi kembali Geylang Serai, tempat di mana saya membesar pada tahun 1960-an.



Memandangkan kali terakhir saya berkunjung ke sana adalah sekitar dua tahun lalu, saya hanya mahu berjalan-jalan, memetik gambar dan melihat bagaimana presint itu telah berubah sedang ia menjalani proses menyemarakkan semula kawasan tersebut.



Lawatan saya tepat pada masanya.



Hanya beberapa bulan lalu, Anjung@WGS, sebuah ruang acara dan sukan serba guna telah dibuka secara rasmi di Wisma Geylang Serai.



Anjung@WGS merupakan struktur pertama yang siap bagi projek menyemarakkan semula Presint Kebudayaan Geylang Serai yang diumumkan pada 2018 yang akan menyaksikan penambahbaikan kepada kawasan itu, seperti tempat berehat dan laluan bersama di hadapan Pasar Geylang Serai.



Memang terdapat banyak perubahan kepada Geylang Serai sejak pertengahan tahun 1950an hingga 1970an di mana saya pernah tinggal di rumah atap satu bilik di Jalan Alsagoff, kini Eunos Road 5, di estet perindustrian Geylang Serai.



Saya baru berusia tujuh tahun apabila saya ke sana dengan ibu dan adik perempuan dari rumah kami di Chinatown selepas ayah saya meninggal dunia.



Masa saya di sekolah rendah kebanyakan dihabiskan dengan bermain capteh, gasing dan guli dengan budak lelaki kampung lain.



Kami akan bermain layang-layang dan meneroka kampung berdekatan.



Awal tahun ini pada Mei, sebuah edisi digital Jejak Warisan Geylang Serai telah dilancarkan.



Bermula pada 2015, jejak warisan itu menawarkan tiga laluan perjalanan yang merangkumi laluan antara Lorong 22 Geylang dengan Eunos Crescent.



Dalam semangat meneroka semula tapak permainan lama saya dan belajar bagaimana tempat itu telah berubah, saya menghabiskan masa sehari berbekalkan maklumat tidak rasmi jejak warisan saya sendiri mengenai kawasan tersebut.



Saya mula dengan berjalan dari pembangunan pusat beli-belah serta kondomium 10 tingkat Millage.



Apabila saya membesar, di tempat itulah tapak Taj, yang kemudian dinamakan semula sebagai Singapura, sebuah panggung wayang yang menunjukkan kebanyakannya filem Tamil dan Hindustan.



Bersebelahan dengan Millage kini merupakan Pusat Makanan dan Pasar Geylang Serai dua tingkat yang dibuka pada 2015.



Pada 1950an, ia merupakan tapak terminal bas dan bas-troli.



Pada zaman itu, saya dan teman-teman akan mengutip tiket bas terpakai bagi permainan meneka nombor.



Seorang budak lelaki akan menutup nombor terakhir daripada empat nombor dengan jarinya bagi pemain lain untuk menekanya.



Jawapan yang salah bermaksud pemain tersebut akan dikenakan penalti termasuk menjentik tangan atau menyerahkan tiket bagi harga yang sama yang digunakan dalam permainan itu sama ada 5, 10 atau 20 sen.



Kawasan di belakang teminal itu merupakan taman permainan Eastern World Amusement Park, di mana kanak-kanak dan orang dewasa akan mengerumuni roda berputar, 'Ferris Wheel' dan mencuba nasib di gerai permainan.



Pada awal 1960-an, terminal bas dan taman permainan itu kini diganti oleh tiga blok 11 tingkat flat dua bilik, serta pasar basah dan tempat letak kereta.



Pada 2006, kedua-duanya telah digantikan dengan pasar baru dan blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Seterusnya dalam usaha jejak saya, saya tibea di Wisma Geylang Serai, sebuah presint yang merupakan nadi sosial, sivik, kebudayaan masyarakat.



Ia telah dibuka secara rasmi pada 2019 dan menggantikan Perkampungan Melayu Geylang Serai yang diruntuhkan pada 2012.



Perkampungan itu merangkumi rumah-rumah kampung yang menonjolkan budaya Melayu, kedai cenderahati dan muzium mengenai kehidupan orang Melayu di kawasan itu.



Apabila saya kecil dahulu, terdapat banyak kedai di kawasan itu, yang menawarkan pelbagai benda daripada buku, barang kemas, sandal kayu dan ubat tradisional Cina.



Di seberang jalan dari Anjung@WGS, merupakan bangunan tiga tingkat Darul Arqam Singapura.



Saya masih ingat apabila panggung wayang Garrick Cinema berada di situ.



Ia kemudian bertukar nama kepada Galaxy Theatre pada 1965.



Ia menayangkan filem Barat dan Hindustan dan merupakan tapak popular bagi orang muda di mana anda hanya membayar 50 sen untuk mendapat tempat duduk barisan pertama.



Perhentian terakhir saya ialah persimpangan Geylang Serai dengan Tanjong Katong Road di mana terdapat tiga pusat beli-belah - Tanjong Katong Complex, City Plaza dan Kinex.



Pada tahun 1960-an, terdapat rumah kedai di sana dan saya masih ingat terdapat studio gambar popular dan kedai jahit baju di sana.



Dalam beberapa tahun lalu, tiga pusat beli-belah baru - Paya Lebar Quarter, Paya Lebar Square dan Pusat SingPost, berkelompok di sekitar stesen MRT Paya Lebar - telah dibina di sana, merancakkan kawasan di sana.



Jejak saya menunjukkan saya bukan sahaja betapa banyaknya tempat itu telah berubah dengan prasarana yang lebih baik serta pusat beli-belah baru, tetapi ia juga mengingatkan saya tentang bagaimana bezanya kehidupan kita dulu dan sekarang.



Rumah saya di Geylang Serai tidak mempunyai elektrik dan kami terpaksa menggunakan lampu minyak tanah.



Seperti kebanyakan rumah di sana, kami tidak mempunyai air dan perlu mengongsi tandas di luar berdekatan dengan perigi tertutup yang merupakan tempat bermandi.



Untuk mendapatkan air, saya mengangkat baldi ke sebuah paip yang digunakan oleh semua orang kampung.



Ramai yang sering berada di situ dan ia terletak agak jauh sedikit dari rumah.



Saya terpaksa berjalan melepasi beberapa rumah kampung dengan membawa dua baldi penuh yang berisi air dan pastinya ada yang tertumpah dalam perjalanan.



Justeru saya perlu berulang-alik beberapa kali untuk memastikan tempayan mengisi air di rumah penuh.



Rumah kampung dahulu tiada pagar di sekitaran membolehkan jiran memupuk hubungan kemasyarakatan yang lebih akrab di mana orang ramai meraikan pelbagai perayaan termasuk perkahwinan dan membantu satu sama lain dalam masa-masa sukar seperti banjir semasa musim hujan.



Keluarga saya keluar dari Geylang Serai ke flat HDB dua bilik dekat Chai Chee pada 1970, dan kemudian ke Bedok pada 1976.



Sepanjang beberapa tahun, lawatan saya ke kawasan itu semakin berkurangan tetapi isteri saya masih ke beberapa kedai di sana.



Kawasan itu masih merupakan tempat penting bagi masyarakat Melayu/Islam dengan acara kebudayaan dan perayaan berlangsung di WGS dan bazar tahunan Hari Raya.



Dengan Anjung@WGS, Geylang Serai kini mempunyai tempat baru bagi masyarakat untuk berhimpun dan meraikan bersama.



Mari kita berharap bahawa sedang Geylang Serai terus diberikan nafas baru, ia tetap tidak akan kehilangan "semangat kampung' atau 'kampung spirit' seperti zaman masa kecil saya.




► Shaik Kadir merupakan pensyarah kanan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang telah bersara dan merupakan penulis beberapa buku termasuk 'A Kite In The Evening Sky' dan 'The Girl With The Mole And Other Stories', kedua-duanya berlatarbelakangkan di Geylang Serai.Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di akhbar The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >