Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PANDANGAN

Hati-hati dengan pengaruh media sosial mengenai ubat pelangsing

Jun 30, 2023 | 05:30 AM



Apabila hendak kuruskan badan, nasihat kesihatan boleh dicungkil daripada pelbagai sumber.

Ada yang merujuk kepada anggota keluarga atau teman sebelum memutuskan untuk membuat tindakan lanjut – pergi bersenam atau menukar diet.

Dan ada juga yang mungkin bertanya kepada ‘doktor Google’ mengenai huraian yang boleh diterapkan dalam gaya hidup dengan cepat dan selesa.

Kini, media sosial juga jadi pakar – daripada doktor dan pakar kesihatan membuat kandungan dalam talian, dan juga pempengaruh yang berkongsi perjalanan mereka, termasuk menggunakan ubat kuruskan badan.

Tetapi mana yang betul dan mana yang tidak?

Mana yang ‘jalan ceritanya’ terlalu bagus untuk dipercayai, dan mana yang terlalu teruk hingga menjadi sensasi?

Dalam era Instagram dan TikTok yang berupaya menunjukkan seluruh perjalanan pasang surut seseorang individu dalam jangka masa kurang seminit, saya kira tarikan ubat kuruskan badan bukan bergantung pada ubatnya sahaja.

Ia juga datang daripada kisah-kisah jaminan yang tidak pasti – yang kononnya menawarkan ‘peluru ghaib’ bagi menyelesaikan masalah harian kita, termasuk isu berat badan, tanpa melakukan kerja keras untuk mencapainya.

Apa yang membimbangkan, di samping maklumat yang sukar dipastikan, adalah kos tinggi yang bakal dibayar untuk mendapatkan ubat-ubat itu – tanpa jaminan ia akan berkesan.

Baru-baru ini, berita di luar negara melaporkan dua jenis ubat suntikan kendiri bagi merawat kencing manis dan kegemukan, Ozempic dan Wegovy, menjadi tarikan besar dalam Internet.


Ia menjadi bahan perbualan hangat antara selebriti barat sebagai ubat “ajaib” yang membolehkan mereka mendapatkan melangsingkan tubuh.

Usahawan terkemuka, Elon Musk, juga mengakui beliau mengambilnya.

Di platform TikTok, hashtag #ozempic mencatatkan berbilion penonton dengan pengguna kerap menunjukkan perjalanan mereka menjadi kurus. Para doktor pula ikut serta dengan memberi keterangan tentang kelebihan dan risiko ubat itu.


Tanpa menempah janji temu dengan doktor, seorang pengguna yang menginginkan ubat itu boleh tertarik dengan ‘keupayaan’ ubat itu – seperti membuat pengguna cepat berasa kenyang dan mengurangkan selera, sekali gus menjadi pendorong susutkan berat badan.

Seorang pengguna berusia 32 tahun, yang tidak disahkan gemuk atau menghidap penyakit kencing manis, memberitahu saya beliau memutuskan mengambil ubat serupa itu bagi tujuan luar label kerana khuatir berat badannya mula meningkat dan boleh menjejas kesihatan dan pergerakannya.

Selepas mendapat preskripsi oleh doktor privet di kawasan Orchard Road sebulan lalu dan menyuntik dirinya setiap hari, berat badan beliau kini turun 7.5 kilogram.

Perjalanannya kerap disiarkan di TikTok sebagai perkongsian untuk menunjukkan tiada masalah jika ingin mengambil ubat itu selain sembelit, katanya.

Tidak menghairan ia menjadi tarikan. Daya teknologi moden dan inovasi menawarkan orang ramai berjenis huraian terhadap pelbagai isu yang dihadapi setiap hari – daripada perkakas di rumah kepada ubat dan suplemen.

Namun orang ramai perlu peka bagaimana mereka menerima maklumat dan membuat penilaian sendiri, terutama jika ia melibatkan kesihatan diri dan wang yang akan dibelanjakan.

Pada masa yang sama, pengguna dan pembekal ubat perlu menimbangkan kesannya, jika trend sebegini meningkat, terhadap golongan yang memerlukannya.

Hal ini menjadi keprihatinan di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia. Terdapat laporan mengenai kekurangan bekalan ubat bagi pesakit kencing manis.

Di Singapura, beberapa doktor berkata terdapat kesukaran mendapatkan stok dan sebilangan mengutamakan penjualan ubat itu khusus bagi pesakit kencing manis.

Ada di antara pengguna menyatakan mereka telah berbelanja ribuan dolar bagi ubat-ubat tersebut sekitar dua tahun dan kehilangan sekitar 15 kilogram.

Namun ada pula yang menyatakan berat badan mereka naik apabila berhenti mengambilnya.

Dalam soal penjagaan kesihatan dan penjagaan tubuh, pada saya ia tetap bergantung pada gaya hidup dan cara pemakanan kita.

Jika ini tidak dicapai dan tidak dikawal, tiada ubat di luar sana yang dapat menghuraikan masalah yang dihadapi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >