Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pendapatan Persaraan Sepanjang Hayat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendapatan Persaraan Sepanjang Hayat

CPF
Dec 15, 2020 | 05:00 AM



CPF LIFE adalah skim insuran anuiti sepanjang hayat yang melindungi anda daripada kehabisan simpanan persaraan dengan menyediakan pembayaran bulanan sepanjang hayat

anda. ‘LIFE’ dalam nama skim itu menandakan Lifelong Income For the Elderly atau Pendapatan Sepanjang Hayat bagi Orang Yang Lanjut Usia, mencerminkan tujuannya.

Berikut adalah lima perkara yang perlu anda tahu:



 



1. Mengapakah saya perlukan CPF LIFE?



Merancang untuk masa depan adalah mencabar, lebih-lebih lagi kerana banyak sekali perkara yang di luar kawalan kita. Apa yang pasti adalah kita akan hidup lebih lama dan menghabiskan masa lebih lama dalam usia persaraan. Sekitar separuh warga Singapura yang kini berusia 65 tahun dijangka hidup melebihi 85 tahun, dan sepertiga melebihi 90 tahun. Dengan kemajuan dalam teknologi perubatan, jangka hayat akan terus meningkat.



Bagi menjalani hidup bebas kerisauan dalam usia persaraan dan untuk tidak membebankan anak-anak, kita perlu memastikan diri kita tidak menghadapi keadaan di mana simpanan pada usia senja, apabila menjana adalah sesuatu yang semakin sukar.



Dengan CPF LIFE, kita boleh berasa yakin untuk menerima pembayaran bulanan sepanjang hayat, tidak kira berapa lama kita hidup dan meskipun simpanan kita sudah kehabisan.





2. Apakah tarikan CPF LIFE?



CPF LIFE berupaya menyediakan pembayaran bulanan yang menarik bagi jumlah simpanan persaraan yang diketepikan ke dalam CPF LIFE (juga dikenali sebagai premium yang dibayar)

kerana Pemerintah menyediakan kadar faedah tinggi sehingga enam peratus setahun. Jika anda mempunyai produk insuran anuiti komersial yang memberikan pembayaran bulanan yang sama atau lebih, anda boleh membuat permohonan untuk dikecualikan daripada CPF LIFE dan mengeluarkan semua simpanan CPF anda.





3. Bagaimanakah harus saya pilih antara pelan CPF LIFE yang berbeza?



Tanya diri anda, apakah jenis pendapatan persaraan yang anda perlukan?



Jika anda bimbang harga barang-barang akan menjadi lebih mahal dalam tahun-tahun

akan datang, anda memerlukan pendapatan persaraan yang meningkat setiap tahun. Pelan

Penambahan
mempunyai ciri ini.



Jika anda lebih selesa dengan bajet tetap meskipun ia bermakna kemampuan anda untuk

membeli berkurangan dengan peningkatan harga  setiap tahun, Pelan Standard mempunyai kadar pembayaran yang setara.



Jika anda boleh memulakan persaraan dengan pembayaran bulanan lebih rendah yang akan terus diturunkan secara progresif, Pelan Asas sesuai untuk anda.



Pilihan pelan anda bergantung kepada apa yang anda inginkan. Ketiga-tiga pelan akan memberikan anda pembayaran bulanan sepanjang hayat, meskipun jumlahnya berbeza, dan membolehkan anda menikmati faedah yang dijana. Bagi pelan-pelan ini juga, premium yang tidak digunakan akan dikembalikan kepada waris anda setelah anda meninggal dunia.





4. Berapakah jumlah yang akan saya terima setiap bulan menerusi CPF LIFE?



Setelah memilih pelan CPF LIFE anda, jumlah pembayaran bulanan yang akan anda terima

bergantung kepada jumlah wang yang anda miliki dalam Akaun Persaraan (RA) apabila anda

menyertai skim tersebut. Lebih banyak simpanan yang anda gunakan untuk menyertai CPF LIFE, lebih tinggi pembayaran bulanannya.



Anda boleh meningkatkan pembayaran ini dengan menokok Akaun Persaraan sehingga Jumlah Persaraan Dipertingkat, atau dengan menangguh permulaan pembayaran sehingga anda berusia 70 tahun. Bagi setiap tahun anda melewatkan pembayaran, jumlah pembayaran akan meningkat sehingga tujuh peratus.



Anda akan tetap mendapatkan semula jumlah wang yang dimasukkan ke CPF LIFE tidak kira

berapa lama anda hidup. Jika anda meninggal dunia sebelum premium digunakan sepenuhnya, bakinya akan diserahkan kepada waris anda.





5. Jika saya tidak menyertai CPF LIFE, adakah saya akan tetap menerima pembayaran bulanan?



Anda akan menerima pembayaran bulanan di bawah Skim Jumlah Persaraan (RSS), namun pembayarannya akan berhenti apabila simpanan Akaun Persaraan anda habis. Justeru, umumnya lebih baik menyertai CPF LIFE supaya anda menerima pembayaran bulanan sepanjang hayat.



Jika anda kini di bawah Skim Jumlah Persaraan dan mahu menyertai CPF LIFE, paling lewat anda boleh menyertainya ialah satu bulan sebelum anda mencapai usia 80 tahun, dengan

melakukan permohonan secara dalam talian menggunakan SingPass di cpf.gov.sg/cpflifeapp.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >