Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

3 sebab hebat untuk anda menokok CPF

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 sebab hebat untuk anda menokok CPF

Dec 29, 2020 | 05:00 AM



Tokok CPF anda untuk menabung bagi persaraan dan nikmati manfaatnya.



Berikut tiga sebab mengapa anda harus melakukannya sekarang.



1) KADAR FAEDAH MENARIK



Anda menikmati kadar faedah yang jauh lebih tinggi dengan menokok Akaun Khas CPF (jika anda berusia bawah 55 tahun) atau Akaun Persaraan (jika anda berusia 55 tahun atau lebih) berbanding membiarkan wang anda di dalam akaun bank.



Jika anda berusia di bawah 55 tahun, anda boleh menikmati sehingga 5 peratus kadar faedah bagi $60,000¹ pertama baki keseluruhan simpanan CPF anda. Jika anda berusia 55 tahun dan lebih, anda boleh menerima sehingga 6 peratus bagi $30,000 pertama simpanan anda, dan sehingga 5 peratus bagi $30,000 seterusnya¹.



Menerusi faedah berkompaun, simpanan CPF anda akan berkembang dengan pesat saban tahun. 



Lebih awal anda melakukan tokokan, lebih banyak masa untuk anda kembangkan faedah tersebut bagi manfaat anda.



Jika anda menabung $100 sebulan untuk 15 tahun, anda akan dapat menyimpan $18,000. 



Dengan faedah berkompaun, jika anda tokok $100 sebulan ke Akaun Khas atau Persaraan bagi tempoh 15 tahun, simpanan anda akan menjana lebih $24,000².



Dengan menokok buat 15 tahun lagi, jumlah ini akan meningkat kepada lebih $68,000².



¹Bergantung kepada Terma dan Syarat. 



²Jumlah anggaran sebagai rujukan. Dikira berdasarkan kadar faedah asas 4 peratus setahun bagi Akaun Khas atau Persaraan.





2) SIMPANAN CPF ADALAH SELAMAT



Wang CPF dijamin oleh pemerintah. Ini memberi keyakinan bahawa simpanan CPF anda akan dipulangkan dan tidak terjejas oleh keadaan pasaran.



Di samping itu, kadar faedah CPF yang dijamin juga melindungi anggota daripada risiko kadar faedah yang rendah dalam keadaan pasaran lemah.



Di bawah undang-undang juga, semua simpanan CPF menerima pendapatan minimum 2.5 peratus setahun, manakala kadar terendah bagi Akaun Khas, MediSave dan Persaraan ialah 4 peratus.



Justeru, menokok CPF anda adalah alternatif yang selamat dan menarik daripada melabur wang anda dalam saham dan lain-lain instrumen kewangan.





3) PELEPASAN CUKAI YANG ANDA NIKMATI



Dengan melakukan tokokan wang tunai ke akaun CPF anda dan orang-orang tersayang, anda boleh menerima sehingga $14,000 pelepasan cukai setiap tahun.



Tokokan wang tunai ke akaun CPF anda akan memberikan anda jumlah pelepasan cukai¹ yang sama, sehingga $7,000 setahun.



Tokokan wang tunai yang anda lakukan ke akaun CPF milik pasangan anda, adik beradik, ibu bapa, ibu bapa mentua, datuk dan nenek serta datuk dan nenek mentua juga akan memberikan anda pelepasan cukai¹ yang sama, sehingga $7,000 setahun.



Menokok akaun CPF anda atau orang tersayang adalah cara mudah untuk membangunkan simpanan anda, memastikan ketenangan fikiran dalam tahun-tahun persaraan, dan pada masa yang sama, memberi anda pelepasan cukai dalam perjalanan anda mencapai persediaan persaraan yang lebih baik.



Lungsuri cpf.gov.sg/rstu untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Tokokan Jumlah Persaraan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >