Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Buat Perkiraan Persaraan Anda

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buat Perkiraan Persaraan Anda

Dec 08, 2020 | 05:00 AM



MERANCANG awal untuk persaraan adalah penting supaya anda dapat melayari usia emas dengan fikiran yang tenang. Lakukan perkiraan menggunakan perangkaan berikut dan CPF boleh membantu anda mengorak langkah merancang bagi persaraan. Berikut adalah beberapa angka CPF yang perlu anda tahu.



 



PEMBAYARAN PERSARAAN SEPANJANG HAYAT





Ini adalah jumlah yang boleh anda jangkakan setiap bulan jika anda menyertai CPF LIFE dengan $272,900 dalam Akaun Persaraan (RA) CPF anda pada usia 65 tahun. Ini mungkin dilihat seperti jumlah yang besar, namun dengan kadar faedah yang menarik, anda boleh mencapai jumlah itu dengan mengetepikan $181,000, iaitu Jumlah Penuh Persaraan terkini, pada usia 55 tahun. Untuk jumlah pembayaran yang lebih tinggi, anda boleh menokok RA anda.



Terdapat tiga Pelan CPF LIFE: Penambahan, Standard dan Asas. Tanya diri anda sama ada anda lebih suka menerima pembayaran bulanan yang meningkat setiap tahun untuk membantu menangani kenaikan harga, atau lebih selesa dengan bajet tetap meskipun ia bermakna kuasa membeli anda berkurangan sedangkan harga semakin naik saban tahun. Justeru, rancang awal dan bangunkan simpanan CPF anda untuk memenuhi matlamat persaraan anda.



*Berdasarkan perkiraan Pelan Standard CPF LIFE bagi anggota CPF yang mencapai usia 55 tahun pada 2020.



USIA MULA PEMBAYARAN





Anda boleh mula menerima pembayaran bulanan bila-bila masa bermula usia 65 tahun.



Namun, jika anda tidak mempunyai keperluan sekarang, anda boleh menangguhkan penerimaan pembayaran itu. Bagi setiap tahun anda tangguh, pembayaran tersebut akan meningkat sebanyak 7 peratus. Ini akan memberi anda pembayaran bulanan tambahan sehingga 35 peratus jika anda memutuskan untuk mula menerimanya pada usia 70 tahun.



Anda mempunyai sehingga usia 70 tahun untuk mula menerima pembayaran, dan selepas itu ia akan bermula secara automatik.



PERKUKUH SIMPANAN CPF ANDA UNTUK PERSARAAN





Pemerintah akan membantu anda meningkatkan simpanan CPF dengan memberikan faedah yang baik.



Warga Singapura yang berusia 55 tahun dan ke atas menerima pulangan 6 peratus bagi $30,000 pertama dalam simpanan CPF, dan 5 peratus bagi $30,000 seterusnya.





Perkukuh simpanan persaraan anda dengan melakukan tokokan kecil secara tetap kepada Akaun Khas sebelum anda berusia 55 tahun, dan Akaun Persaraan selepas itu.



Dengan hanya menokok $5 sehari, simpanan CPF anda akan meningkat melebihi $35,000 dalam tempoh 15 tahun hasil daripada faedah berkompaun.



Lebih awal anda melakukan tokokan kepada akaun-akaun CPF anda, lebih manfaatnya untuk anda.



**Dikira menggunakan faedah asas 4 peratus setiap tahun bagi Akaun Khas atau Akaun Persaraan anda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >