BUAT julung-julung kalinya, Anugerah Jauhari Berita Harian dibuka kepada pertubuhan Melayu/Islam setempat.
Sejak sekian lama, anugerah tersebut hanya disampaikan kepada individu Melayu/Islam bagi meraikan pencapaian cemerlang mereka dalam bidang masing-masing.
Dalam pada itu, turut disampaikan buat tahun kedua ialah Anugerah Jauhari Muda. Anugerah ini bagi mengiktiraf pencapaian dan potensi Melayu/Islam yang berusia 30 tahun ke bawah.
BUATLAH PENCALONAN ANDA SEKARANG
Jika anda mengenali individu atau pertubuhan yang meraih pencapaian luar biasa, buatlah pencalonan anda sekarang bagi dua anugerah ini:
Anugerah Jauhari Berita Harian 2014
Bagi individu atau pertubuhan yang telah lama berkhidmat dengan cemerlang dalam bidangnya.
Anugerah Jauhari Muda Berita Harian 2014
Bagi individu berusia 30 tahun dan ke bawah yang meraih kejayaan luar biasa dan menjadi sumber inspirasi.
Hantar pencalonan anda melalui e-mel bhjauhari@sph.com.sg sebelum Isnin 30 Jun 2014. Nyatakan sebab-sebab anda memilih calon berkenaan. Sertakan maklumat megenai calon (nama, bidang, pertubuhan) dan diri anda sebagai pencalon (nama, alamat, nombor ic, e-mel dan telefon)