Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Dapatkan bimbingan pakar kemudi landskap kerja baru

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dapatkan bimbingan pakar kemudi landskap kerja baru

Dec 16, 2020 | 05:00 AM

Adakah ia sesuatu yang negatif sekiranya saya diberhentikan kerja dalam tempoh sekarang? Perlukan saya menyatakan perkara ini dalam resume saya? Adakah dengan menyatakan saya telah diberhenti kerja akan menjejas peluang saya mendapat pekerjaan baru?


Pemberhentian kerja berlaku bukan kerana pekerja gagal melakukan tugas dengan baik. Ia lebih kepada keputusan perniagaan yang berlandaskan sebab-sebab kewangan. 
Justeru, anda tidak harus merasakan bahawa ia mencerminkan kebolehan anda mendapat pekerjaan. 
Anda mungkin mahu memikirkan kesannya jika anda tidak menjelaskan keadaan sebenar berkaitan jurang dalam kerjaya anda. 
Ia mungkin menimbulkan lebih banyak persoalan dan keraguan dalam minda majikan. Ia merupakan amalan yang baik untuk menjelaskan sebab-sebab anda meninggalkan pekerjaan anda sebelum ini, dan faktor seperti pemberhentian kerja adalah di luar kawalan anda, dan anda harus menyatakannya. 
Saya menggalakkan anda agar bersikap terbuka dan cuba merebut peluang pekerjaan dalam peranan mahupun sektor baru. Sedang COVID-19 telah menjejas sesetengah industri secara negatif, ia juga telah membuka laluan dan peluang perkembangan lebih pesat dalam bidang-bidang seperti e-Dagang, Pengeluaran, Teknologi Maklumat dan Perhubungan (ICT), Perkhidmatan Kesihatan & Sosial dan perkhidmatan kewangan. 
Sebagai alternatif, anda juga boleh meneroka pekerjaan, program traineeship dan peluang mempertingkatkan diri di bawah Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited (SGUJS).

Saya telah bekerja dengan majikan saya selama lebih lima tahun. Pekerjaannya stabil dan saya agak bahagia. Saya menerima rekomendasi daripada seorang bekas rakan kerja dan telah menerima tawaran pekerjaan bersama sebuah syarikat lain dalam sektor swasta. Dengan keadaan ekonomi sekarang, adakah ia bijak untuk menukar pekerjaan?


Ada beberapa soalan yang perlu anda tanyakan kepada diri anda. 
Mengapa anda mahu bertukar pekerjaan? 
Apakah kesan pertukaran itu kepada kerjaya anda? 
Adakah peranan baru itu sepadan dengan nilai-nilai kerjaya, minat, keperibadian dan kemahiran anda? 
Lakukan penyelidikan mengenai syarikat tersebut dan berbincang dengan bekas rakan kerja atau kenalan anda yang lebih mengenali syarikat berkenaan supaya anda dapat memahami pekerjaan dan budaya kerjanya dengan lebih baik. 
Anda harus jelas apakah motivasi atau matlamat anda untuk menukar pekerjaan dan tidak melakukannya semata-mata kerana peluang yang terbuka itu. 

Sudah agak lama sejak saya menghadiri sesi temu duga kerja mahupun menulis resume. Adakah program atau kursus untuk membantu saya?


Ayuh berjumpa dengan pegawai kami di Careers Connect! Anda boleh mengisi borang di go.gov.sg/wsg-careersconnectreg2020 dan kami akan menghubungi anda atau hubungi kami di talian 6883-5885. 
Kami boleh mempersiapkan dan membimbing anda dalam pencarian kerja anda. 
Kami menyediakan nasihat mengenai cara memperbaiki resume anda supaya anda dapat menyerlah diri anda. 
Kami juga akan melatih anda untuk sesi temu duga dengan mengadakan latihan praktikal di mana kami akan memainkan peranan sebagai majikan. Ini dapat mempersiapkan anda bagi sesi temu duga supaya anda tahu bagaimana untuk memasarkan diri anda kepada majikan. 
Jika anda kurang pasti apa yang perlu dilakukan, kami juga boleh membimbing anda supaya anda dapat memahami minat, kemahiran dan matlamat kerjaya anda. 
Kemudian, kami akan membantu anda membuat pelan bertindak bagi mencapai matlamat anda. 
Anda harus ingat, keputusan pengambilan pekerja bergantung kepada majikan dan mereka akan mencari seseorang yang paling sesuai dan memenuhi keperluan mereka. 
Proses pencarian kerja ini mungkin tidak mudah, namun Duta atau Pembimbing Kerjaya kami bersiap sedia untuk mendengar keluhan anda dan memberi anda sokongan.

Anak saya adalah lulusan baru dan dengan keadaan ekonomi sekarang beliau merancang untuk mengambil ijazah Sarjana. Saya pula merasakan lebih baik beliau bekerja dan mendapatkan pengalaman lebih-lebih lagi dengan pelbagai skim pemerintah untuk membantu beliau sekarang. Apakah nasihat terbaik bagi anak saya?


Tiada jawapan yang betul atau salah, kerana hakikatnya ia bergantung kepada diri beliau sendiri untuk membuat keputusan bila untuk memulakan perjalanan kerjayanya. 
Sambil menunggu bagi permohonan program Sarjana bermula, beliau boleh mempertimbangkan untuk menyertai Program Pelatih SGUnited. 
Beliau boleh mengambil peluang ini untuk menimba pengalaman berharga yang relevan kepada industri sambil membangunkan rangkaian profesional. 
Pengalaman ini boleh disertakan didalam resume beliau, sekali gus dapat meningkatkan peluang beliau mendapatkan kerja apabila beliau melangkah ke dunia pekerjaan. 
Tempoh program pelatih ini adalah antara empat hingga sembilan bulan, dan disertakan dengan elaun latihan antara $1,100 hingga $2,500 sebulan bergantung kepada kelayakan lulusan dan skop program. 
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program itu di Sgunitedtraineeships.gov.sg.

Saya berusia 40-an tahun, seorang lulusan pengurusan perniagaan dan baru sahaja diberhentikan kerja sebagai pengurus pembangunan perniagaan beberapa bulan lalu. Saya melihat beberapa peluang kerja ICT dalam perkhidmatan awam yang saya minati, tapi tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan mahupun pengalaman relevan. Apakah langkah saya seterusnya?


Selain minat, anda perlu mempertimbangkan sama ada sektor ICT sepadan dengan nilai kerjaya dan keperibadian anda.
Dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang diperlukan untuk pekerjaan itu sebelum anda membuat keputusan. 
Kenal pasti apakah kemahiran anda yang boleh dimanfaatkan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan. 
Anda boleh berbincang dengan teman-teman dan kenalan yang sudah pun bekerja dalam sektor itu untuk menyarankan kursus yang boleh anda sertai bagi mengisi jurang kemahiran. 
Terdapat juga program WSG seperti Program Penukaran Profesional (PCP) yang boleh membantu anda memasuki bidang kerja baru dengan menyediakan latihan berstruktur, sambil bekerja bagi anda meraih pengalaman relevan. 
Jika anda memerlukan nasihat kerjaya secara peribadi, buat janji temu di Careers Connect dan berbincang dengan Duta Kerjaya kami.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3