Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Zaqy galak teroka sektor sedang membangun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy galak teroka sektor sedang membangun

Nov 26, 2020 | 05:00 AM



DALAM ekonomi yang tidak menentu hari ini, pekerja digalak untuk terbuka dan meneroka segala kemungkinan, meski ia diluar bidang yang mereka pelajari atau zon keselesaan mereka, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad.

Menurutnya meski prospek pasaran buruh terus merudum kerana ketidakpastian ekonomi, masih terdapat lagi peluang dalam sektor-sektor yang sedang membangun.

Antaranya termasuk sektor seperti infokom, perbankan, pengeluaran, kesihatan dan khidmat profesional.







“Sektor-sektor ini mempunyai potensi untuk membangun dan mereka juga mengambil pendekatan yang disokong pemerintah, di mana pemerintah menggalak sektor ini untuk mengambil pekerja.

“Pemerintah cuba mencari peluang melalui rangkaian dan industri untuk melihat syarikat mana yang sedang mencari pekerjaan dan bagaimana pemerintah boleh menyokong usaha mereka sekali gus membuka peluang dan laluan bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan,” ujarnya.

Beliau menambah sebanyak 117 ribu pekerjaan dan latihan sedang ditawarkan, dengan 70 peratus merupakan peluang pekerjaan.

Encik Zaqy berkata demikian dalam satu sesi podcast #NoTapis terbitan Berita Harian, baru-baru ini.

Membincangkan topik “Terbuka kepada kemungkinan baru,” podcast itu yang dibawakan khas oleh Tenaga Kerja Singapura (WSG), dihoskan koresponden Shahida Sarhid dan selebriti Hans Ashrie.

Episod kali ini meneroka pelbagai peluang dalam sektor lain bagi para pekerja yang sedang mencari pekerjaan serta bantuan dan sokongan yang boleh mereka manfaatkan untuk menjadikan proses mencari pekerjaan lebih mudah.

Pembimbing kerjaya, Cik Badariah Amil, yang turut merupakan antara tetamu bagi podcast tersebut kebanyakan mereka yang memohon pekerjaan kepadanya selalunya kurang keyakinan diri.

“Dengan Covid, ada kalanya pekerjaan yang kita idam-idamkan sudah tiada lagi. Perubahan telah datang dan takkan pergi.

“Sebagai pekerja, jika kita ingin kehendaki sesuatu sekarang kita perlu berusaha untuk mendapat sesuatu yang kita kehendaki di masa hadapan.

“Penting untuk pekerja bersifat positif dan fleksibel,” ujarnya.

Seorang lagi tetamu Cik Nur Fazlina Arzami, 26 tahun, telah menganggur sejak Mei tahun ini selepas meninggalkan tempat kerja lamanya sebagai pengurus akaun.

Beliau kemudian telah mula mencari pekerjaan dalam talian dan menghantar hingga 50 permohonan kerja.

Beliau telah mendapatkan bantuan Pembimbing Kerjaya WSG di mana Cik Badariah telah membimbingnya untuk memperbaiki resume yang ditulisna selain merujuknya secara aktif kepada pelbagai peluang pekerjaan.

Cik Fazlina kini merupakan pegawai eksekutif pemasaran dan perhubungan.

“Meskipun ijazah sarjana muda saya dalam Sosiologi, saya gembira WSG dapat membantu saya mengubah suai resume saya agar ia selaras dengan keperluan pekerjaan baru ini,” katanya yang telah mula bekerja di tempat barunya pada Julai lalu.

Untuk mendengar lebih lanjut podcast ini serta bantuan yang disediakan WSG, anda boleh ke Spotify dan mencari podcast #NoTapis untuk mendengarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >