Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Setempat0

Podcast BH-WSG sentuh ‘pandangan pertama’ majikan-pemohon kerja

Dec 03, 2020 | 05:00 AM

ISTILAH cinta pandang pertama biasanya digunakan untuk pasangan kekasih, tapi sebenarnya ia juga wujud dalam bidang pekerjaan. 

Pertemuan pertama antara majikan dan pemohon kerja dalam sesi temu duga akan ‘dedahkan’ segalanya – penampilan, persediaan dan juga pengetahuan si pemohon yang boleh menentukan sama ada beliau akan diberikan pekerjaan itu atau tidak. 

Justeru, adalah amat penting bagi pemohon kerja memastikan first impression yang ditonjolkan dalam sesi temu duga tersebut dapat menarik perhatian majikan. 

Demikian ditekankan ketua pegawai eksekutif (CEO) berpengalaman Singapura yang kini merupakan pengarah urusan syarikat runcit Aeon Malaysia, Encik Shafie Shamsuddin, dalam satu sesi podcast #NoTapis terbitan Berita Harian baru-baru ini. 

Membincangkan topik bertajuk Jangan Malu ‘Pasarkan’ Diri Anda Kepada Bakal Majikan, podcast itu – yang dibawakan khas oleh Tenaga Kerja Singapura (WSG) – dihoskan koresponden Shahida Sarhid dan selebriti Hans Ashrie.

Encik Shafie berkata antara pengalamannya yang kurang baik dalam menemu duga pemohon kerja adalah apabila mereka tidak mengambil tahu dengan lebih mendalam tentang pekerjaan yang dipohon itu.

Selain itu, ada juga yang tidak memahami kehendak majikan atau soalan yang diajukan, katanya. 

“Antara soalan yang akan saya tanyakan termasuk tentang pencapaian mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun sebelum ini, namun ramai yang salah faham dan menjelaskan tentang pengalaman bekerja dalam tempoh itu. 

“Mereka gagal ceritakan kejayaan mereka,” katanya. 

Jurulatih Kerjaya Kanan dari WSG, Cik Rozita Yazid, berkata: 

“Persediaan sebelum (sesi temu duga) perlu dibuat dengan teliti, tahu jenis pekerjaan yang dimohon, apa kemahiran yang diperlukan. 

“Apa yang majikan cari, itulah yang perlu ditonjolkan.” 

Dengar terus perkongsian podcast #NoTapis ini di Spotify.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map