SAJAK

"0"

Apakah ia kewujudan kosong
Kebisuan daripada mulut melopong
Jalan mati di hujung terowong
Atau purnama setia menerangi lorong

Apakah ia simbol kesyumulan
Kesatuan mentari bergerhana rembulan
Teka-teki yang tiada berkesimpulan
Atau tanda noktah dalam Balada Mulan

Apakah ia sebuah bentuk semata
Huruf vokal yang melengkapkan kekata
Angka binari penyempurna data
Atau mutiara nilam manikam permata

Selain semua itu, O melambangkan dua
Watak berbeza dengan peranan serupa jua:
Si Bulat diamanahkan rahsia dan petua
Untuk kita hadapi kehidupan bergelita gua

Ingatlah Si pembawa riang saat apabila
Kebobrokan menular di dalam dunia Salina
Bacalah kisah Si Anak Mat Lela Gila
Yang berhati suci biarpun dipandang hina

(Tentang dua watak bernama Bulat di dalam kededua buku ulung Sastera Melayu, 'Salina' penulisan A. Samad Said, dan 'Anak Mat Lela Gila' penulisan Pak Sako (Ishak Haji Muhammad.)

MOHAMED NAGUIB BIN NGADNAN

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.