Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Bahasa & Budaya3

SAJAK

10 Malam Terakhir Ramadan

Jul 04, 2016 | 05:30 AM

Diksi-diksi seakan bertakafur
mencari alunan memuji nama Tuhan
ya Nur ya Qahar
ya Fatah ya Salam
bukakanlah pintu rezekiku
bukakanlah pintu memujimu
jangan tidurkan aku
pada 10 malam terakhir
Ramadan ini.
Marilah kita mendodoikan
meratahi mesra di pujuk malam
saling mencuci baju-baju dosa
dengan cucian wangian lunak
alunan ayat suci Al-Quran
sayup merindu pada Ramadan
tak ingin kutinggalkan.
Lailatulqadar jemputlah datang
hadirlah kerana hatiku
kian mengambang
memuji Ya Qudus
penuh insaf dan tawadud.
Ya Sabbur
bangunkanlah jiwa-jiwa yang besar
sabar menghadapi segala ujian.

CIUNG WINARA

Akses Berita Harian tanpa had!

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map