Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

PESTA PENULIS SINGAPURA 2016

Acara jaya memartabat persuratan Melayu, pertingkat penerimaan masyarakat

Nov 15, 2016 | 05:30 AM



KEINDAHAN puisi dan juga sajak Melayu, baik dibaca, dinyanyikan mahupun dilakon, telah ditonjolkan melalui persembahan seramai 25 penyair Singapura sempena acara Muara Sayang anjuran bersama Berita Harian dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) baru-baru ini.



Penonton yang memenuhi ruang River Room di Muzium Tamadun Asia (ACM) Sabtu lalu telah menikmati persembahan daripada penyair yang mapan dan juga baru yang bersama-sama merancakkan lagi arena kesusasteraan Melayu tanah air.



Himpunan penyair yang mendeklamasikan sajak merupakan acara kemuncak Persidangan Melayu: Sentuh Sayang, Tinggal Pun Sayang yang diadakan sepanjang Sabtu dari 10 pagi hingga 6.30 petang sempena Pesta Penulis Singapura (SWF) 2016.



Bakat penyair yang dipaparkan termasuk Nadiputra, Mohd Raman Daud, Rafaat Hamzah, Adi Rahman, Rohani Din, Najib Soiman, M. Saffri A. Manaf dan Faridah Taib.



Selain mereka, orang ramai juga berpeluang menyaksikan penyair lain seperti Karmin Abbas, Marlia Mohamed, Ciung Winara, Suhaimi Nasrain, Jamal Ismail, Hamed Ismail, Siti Umaira, Nur Herman Maryuti, Junaidah Eksan dan beberapa lagi yang telah menghangatkan suasana.



Acara Muara Sayang merupakan satu daripada tiga acara sastera yang diadakan Berita Harian sempena SWF.



Sebelumnya, acara Wacana: Perintis Sastera Melayu menampilkan penyair dan sasterawan mapan iaitu Maarof Salleh, Abdul Hamid Besih, Mohd Yusoff Abdul Rahman, Suratman Markasan, Eunos Asah dan Sumardi Sarkawi yang berkongsi pengalaman dan inspirasi menulis.



Selain itu, pementasan Malam Lawak Sastera: Sayang di Sayang yang mencakupi pelbagai genre sastera Melayu - syair, pantun, sajak, seloka dan drama - telah diadakan di Panggung Victoria pada 5 November.



Acara-acara yang diadakan itu bertujuan bukan hanya memartabatkan persuratan Melayu tanah air, malah lebih penting lagi memperkenal seramai mungkin penulis, pujangga, seniman, seniwati, sasterawan, penyajak, penyair dan pemantun Melayu tanah air kepada masyarakat Singapura.



Tujuannya hanya satu - agar kesusasteraan moden Melayu hari ini bukan sahaja diakui, bahkan diterima dan dihargai masyarakat majmuk negara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >