Ada Apa Pada Hidup?, Berita Bahasa & Budaya - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya3

SAJAK

Ada Apa Pada Hidup?

Jun 29, 2015 | 05:30 AM

Ada ada pada hidup?
Ada apa pada Tuah?
Tanpa bilah Taming Sarinya
Junjung titah hilang hemah
Takut derhaka korban sahabatnya
Ada apa pada tarian?
Kalau tiada intinya
Ibarat berlari-larian
Tanpa hala tujunya
Ada apa pada lahad?
Liang suci bagi penganutnya
Pacai ditabur mewangi jasad
Roh merintih menanti hisabnya
Sejarah dan seni
menghidupkan mati
membait zahir
keliling inti
Hilang nyawa
bersilih ganti
membina akal
ingatlah hati.

SITI AISYAH KAMIN

Akses Berita Harian tanpa had!

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map