SATU-SATU yang duduk di meja bundar itu bukan jenis calang-calang orang.
Dari raut wajah mereka, sekilas pandang, sesiapa pun akan tahu yang mereka tidak boleh diperkotak-katikkan. Diperlekehkan. Memandang rendah terhadap keupayaan mereka itu ibarat menempah maut, siap dengan kain kafan.