CERPEN

Aku bukan pembunuh

1912. Padang pasir Libya.

Mesyuarat Syeikh Omar Mukhtar bersama dua panglima kanannya di dalam khemah putih bersaiz sederhana mereka, terganggu oleh pekikan pengawal yang berjaga di pintu masuk khemah itu. Mereka yang sedang bermesyuarat, tersentak. Bersama Panglima Fadhil Bo Omar dan Panglima Ammar, Omar Mukhtar sedang merancang serangan ke atas tentera Italy di Kem Derma, kira-kira 30 kilometer dari Tripoli, ibu kota Libya. Peta diketepikan buat seketika. Bumi Libya sedang bergelora. Setiap hari ada sahaja kematian askar dan orang awam. Bumi pertiwi harus dipertahankan daripada musuh yang datang tanpa diundang. Darah harus dibalas dengan darah. Askar Italy harus ditewaskan. Penceroboh harus dimusnahkan. Walaupun hanya berkuda, askar Libya bertekad menghapuskan musuh. Musuh datang dengan kereta. Askarnya cukup bersenjata. Dari jauh mereka datang untuk menawan Libya. Namun, Omar Mukhtar bukan calang-calang orangnya! Begitu juga askar yang bersamanya.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun