Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

CERPEN

Aku Punya

Aug 29, 2021 | 05:30 AM

Dia terus masuk ke 'lounge' itu. Tidak teragak-agak. Telah betahlah. Kedatangannya ke pusat hiburan ini sebagai satu kecanduan kepadanya. Dia disambut mesra oleh seorang pelayan muda. Seperti biasanya dia ditunjukkan ke meja di sudut bahagian belakang dewan. Meja biasanya. Di kirinya ada sebuah pintu untuk pekerja ke belakang dewan dan ruang pekerja membuat persiapan untuk pesanan pelanggan. Pintu itu juga diguna sekiranya ada pelanggan yang ingin menggunakan bilik di atas. Dari tempat duduknya dia boleh melihat seluruh dewan dan pelanggan, kecuali mereka yang berada di atas.

Dia duduk di meja itu sudah sekian lama. Dia tidak tahu sudah berapa lama. Tetapi begitu lama rasanya - sejak dia keluar dari pejabat. Datang dan sampai ke sini. Memang dia sering ke sini selepas waktu pejabat. Nak relaks, katanya. Dalam seminggu sekurang-kurangnya sekali dia datang ke tempat ini, jika dia bersendirian. Tetapi kalau ada teman lebih keraplah dia datang, kerana ajakan rakan-rakannya. Malam ini dia bersendirian.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >