Takutkah aku di dalam terang di dalam gelap
sedarkah aku lahir batinku di makam-Nya
sentiasakah aku masuk ke dalaman?
ketul hati yang bisa ditelusuri syaitan
kecewakah aku pabila niat mati di hujung jalan
patahkah hatiku pabila hati mengejekku
benarkah aku takut akan Allah?
SURATMAN MARKASAN