ALONG merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia tersenyum sendirian sambil menatap sijil-sijil pencapaian dan penghargaan yang terpacak di dindingnya. Daripada seorang penghantar makanan Grab, kini dia telah berjaya menembusi syarikat multinasional yang berpangkalan di Singapura. Bukan calang-calang orang yang dipilih bekerja sebagai Pegawai Eksekutif Pemasaran di D&R Corporation.
Bukan itu sahaja, dia juga dinobatkan sebagai pemenang pertama untuk pertandingan Manhunt 2019 yang diadakan ibu pejabat syarikatnya di Amerika Syarikat tahun lepas.