Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Anak-Anak Syurgawi

(Tragedi di Darul Quran Ittifaqiyah)
Oct 02, 2017 | 05:30 AM

Kesucian gedung ilmu itu

telah kau ranap musnah

dengan tangan-tanganmu

yang serakah dan salah

bara dendammu

kau marakkan dalam api amarah

percikannya merentungkan

jiwa ibu dan ayah

kasih dan sayang terpisah

luluh dan sebak rebah

hujan di sungai mata mengalir mencurah

menatap sekujur anak menjadi arwah

Bukankah mereka itu seiman denganmu?

saudara seagama denganmu?

teman permainan seusiamu?

atau kamukah yang masih khayal

dan dalam sesat pencarian keliru?

Cukup-cukuplah...

hentikan khilaf dan salah

sudah-sudahlah...

kembalilah bermuhasabah

sejarah dendam Qabil membunuh Habil

jangan kau turut jangan kau ambil

dendam itu sungguh milik syaitan

semoga keinsafan itu milik kalian

Buat anak-anak penghuni syurga

semoga rohmu tenang di sana

doa seluruh negara dan keluarga

wangian kasturi mendupai merah pusara

ZAINOL ABI

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >