Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Anak Gajet II

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Anak Gajet II

Jul 25, 2021 | 05:30 AM

Wahai anak gajet
engkaulah generasi milenium
dengan hidupmu yang amat beruntung
dianugerahi Tuhan akan pemerolehan teknologi
yang mampu membuka luas terbentang dunia pengetahuan
dan melimpahgandakan alam akal dengan beraneka ilmu terpendam
meningkatkan kemampuan untuk mengetahui merentasi sempadan tradisi
sehingga meyakinkan engkau menggapai bintang-bintang kegemilangan
dalam semua bidang kehidupan

tetapi malang
kurniaan Tuhan yang penuh azimat ini
dengan teknologi yang engkau genggami
serta menyanjung tinggi
membenarkan hatimu diperhamba
sehingga mudah menjerat diri
kerana akalmu tiada mampu mempertimbang
dengan salah guna teknologi menular biak
meracuni fikiran sehingga memusnahkan akal budi
menolak adab laku ke tepi
ciptaan Tuhan engkau aibkan
kedudukan orang engkau pergadaikan
kemuliaan orang engkau persendakan
menjadikan teknologi alat gurauan ejekan jenaka pada harga diri
menjatuhkan maruah dan martabat sesama insan

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3