Apa maknanya puisi idil
dalam hari mengundang ketegangan
saban hari menusuk keamanan
berkat rahmat terus berciciran
kefasikan terlukis dalam potret kehidupan.
Apa maknanya tamakninah
jika rukuk sahaja terlupa
tatkala nafsu menyelaputi
fikiran sarat dengan buih-buih kuasa.
Apa maknanya atma
yang membinasakan kesejahteraan
menyeru kata-kata benih pilu.
Apa maknanya kemakrufan
jika kita tak kenal kemanusiaan.
Tiada apa.
HASIF SALEHIN