Subuh
5:42
Syuruk
7:05
Zuhur
1:12
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31
Bahasa & Budaya

SAJAK

Apa Yang Kuberi

Apr 12, 2020 | 05:30 AM

apa yang kuberi hanya
secubit harapan di dunia kelam
sekilas impian di serabutan malam
setitis kasih membasahi perih
seurat benang siratan belacu
sepatah kata di keriuhan bicara
untuk sebuah dunia yang sarat

mungkin tiada apa kesannya
tingkahku hanya
sekecil kuisan pasir di pantai
sebentar itu jua hilang disapu ombak
mungkin ada air mulai kenal
hasrat insan menyirat hidup
ketika panas bertukar redup

Langgani pada harga $0.99* sebulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Langgani pada harga $0.99* sebulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian