Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Apabila melihat hujan

Nov 27, 2017 | 05:30 AM

Apabila melihat hujan

terdengar sedu sedan

hatiku turut rawan

terasa ada titik-titik kasar

keras menikami bumi

tertempias ke pintu hati

kubuka hati, masuk hujan

membawa sekelumit kenangan payau

kerana kau bukan lagi kau

hanya menjadikan aku penanti yang kacau

perindu yang kehilangan penawar

kasih hangatmu mendingin

membeku kalbu

aksara-aksara cinta

tak lagi tersusun indah

bergetaran panjang di tapak tangan

satu-satu gugur menjadi kenangan

ditiup jauh badai semalam.

Peter Augustine Goh

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >