APABILA rumah menjadi sepi dengan tiba-tiba itu tandanya hati tidak lagi terkinja-kinja dinding kasih retak bumbung cinta bocor tiang sayang senget warna idaman siling pudar malap beranda percaya berasap.
Apabila rumah menjadi sepi dengan tiba-tiba hati walang tak lagi kencang berdegup sinar cinta kasih sayang tak lagi menyusup tiada cahayanya ghairah merayap semua kamar menjadi gelap


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg