Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:30
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Bahasa & Budaya3

CERPEN

Bahang

KARYA MOHAMED NAGUIB NGADNAN
Jun 13, 2016 | 05:30 AM

DAHINYA dikerutkan. Imej di peti televisyen CRT lamanya berpasir dan audionya terputus-putus. Liputan berita mengenai seorang lelaki berambut keriting berombak yang dikerumuni ramai orang. Ahli politik? Penyanyi? Pelakon? Ahli sukan? Entah, Mahmood tidak dapat mengikuti laporan tersebut lalu mematikan televisyennya.

Dia beralih tumpuan dan membetulkan kedudukan kipas angin kecil KDKnya. Walaupun butang kelajuan dipicit di tahap maksimum, tengkuknya masih belengas disaluti keringat. Dia hanya mampu mengesat tengkuknya dengan tapak tangannya. Udara di kedai runcitnya berbahang. Begitulah keadaan kedainya semenjak beberapa bulan kebelakangan ini.

Akses Berita Harian tanpa had!

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map