CERPEN

Baju Raya sedondon kami

HARI ini adalah hari terakhir Ramadan. Aku dan anak-anak baru sahaja selesai membuat persiapan terakhir bagi menyambut Hari Raya. Isteri aku keluar dari bilik dengan beberapa beg bungkusan kertas. Lalu dikeluarkan isinya. Semua yang duduk di sofa bentuk-L terkejut. Termasuk diri aku. Dulu isteri akulah orang yang beria-ia sangat membuat persiapan Hari Raya. Tidak ada orang yang boleh lawan mahupun mengatasinya. Sebenarnya dulu itu hanya tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya. Anak-anak aku menjadi seronok dan ghairah setiap kali Hari Raya menjelang. Senyuman melebar dari telinga ke telinga. Walaupun diri penat dan lelah, mencari baju Raya dan aksesorinya menjadi satu kemestian. Kaki lenguh, tangan bisa-bisa, badan menjadi sakit-sakit dan urat-urat menjadi tegang tidak menjadi penghalang.

Katanya tidak lengkap beraya tanpa ber-shopping baju raya. Sekurang-kurangnya tiga pasang yang dibeli untuk setiap anggota keluarga. Syaratnya mestilah sedondon. Hampir $1,000 hangus begitu sahaja. Apa tidaknya, hanya dipakai dua tiga kali sahaja sepanjang tahun. Malah ada dipakai sekali sahaja, iaitu masa Hari Raya. Kemudian disimpan di dalam almari kerana sudah tidak sesuai untuk dipakai untuk hari-hari lain. Itulah yang aku kata setiap kali meluahkan pandangan aku semasa hendak beraya. Tapi tahun ini tiada siapa menduga bahawa perubahan berlaku secara mendadak.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan