Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Balada Jaharu

Jul 14, 2019 | 05:30 AM

Kau ingkar dan kau langgar

suruhan dan ajakan

jelaga fasik di hati

kau biarkan menghitam

tega kau meraup

bangga berjubah dosa

berpagi dengan hina

bermalam dengan hiba

ayat-ayat langit

telah bersabda di bumi

keringatnya tersia-sia

mati jua di tujuh sendi

hangit bangkai yang kau pikul

bergelumang tanpa sedari

nur menjauh pergi

keberkatan apa lagi

di ambang senja

kau masih ingkar

melihat nyata

di muara petaka

kau masih tega

melanggar kata

kau injak kebenaran

kau julang kepalsuan

di lingkaran kualat api

imanmu dikafankan

kau semakin liar berkinja

dan girang menelanjangi diri

ingkar tidak berbudi

kau langgar tidak berhati

di pusara hayat

kau akan dililit duri cemeti

masihkah tidak mahu beringat

apakah kau masih

tidak mahu

mengerti

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >