Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Harta Pusaka

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

CERPEN

Harta Pusaka

Apr 08, 2018 | 05:30 AM

SEPERTI hari-hari sebelumnya, sejak sebulan lalu, aku menanti dengan penuh setia. Tapi kali ini aku menunggu di dalam bilik. Tidak seperti selalu di atas sofa. Aku tersenyum. Dengan lebaran senyuman yang memanjang. Masa yang sama jantung tidak menentu degupannya. Antara kegembiraan dengan ketidakpastian. Malah aku masih diselubungi dengan kekejutan. Aku sendiri menjadi keliru. Antara percaya dengan tidak. Perasaan resah gelisah juga menikam-nikam hati. Ini membuat seketul hati berbelah bagi. Otak aku juga bercelaru. Mungkin juga aku sedang berasa sedih. Penolakan aku terhadap perkara yang sedang aku alami. Kerana perubahan mendadak yang sedang berlaku kepada diri aku. Memang aku tidak merancang. Kenaikan darjat dan status kemuliaan yang tidak diduga. Aku cuba menenangkan diri.

Dalam ketidaktentuan suasana ini aku sudah berikrar setia. Melafazkan janji pada diri sendiri. Aku tidak mampu untuk merengek-rengek. Mahupun menjadi seorang yang cenggeng. Dan mudah berputus asa. Walaupun beban yang aku pikul berganda beratnya. Dan tanggungjawabnya berat. Satu amanah yang dianugerahi kepada aku. Namun tiada siapa yang mampu menceritakan pengalamannya kecuali diri aku sendiri. Kerana aku yang mengalaminya. Fikir aku. Memujuk diri sendiri. Tapi masih lagi mampu tersenyum. Sambil melihat diri dalam cermin dandanan besar yang ditempah khas. Dibeli sempena hari perkahwinan aku. Sempena perubahan status aku. Bilik bujang aku juga berubah status. Bilik bujang aku berubah wajah menjadi bilik pengantin. Kemudian secara sendirinya identiti bilik itu mengalami evolusi rohani dan jasmani. Menjadi bilik suami isteri. Yang aku anggap syurga di dalam rumah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3