Premium
Tubir
Mesin ECG yang berpaut pada badan Ali tiba-tiba menghasilkan garis datar. Jururawat dan doktor yang bertugas mara cemas bertindak memecut jantung menggunakan alat defibrilasi ke atas dadanya. Ali diheret kembali dari ambang maut setelah degupan jantungnya mendatar selama lima minit. Pernafasannya mula pulih sedikit demi sedikit...
Dec 6, 2020 | 5:30 AM
SATU-DUA. Tiga-empat. Kiri-kanan. Kiri-kanan. Hayunan kapak bergerak serentak detik pendulum jam gergasi di sudut rumah. Berlabuh menghampiri kedudukan di atas perutnya kini, hayunan maut semakin menjadi. Berpeluh sejuk, Ali yang sedang berposisi terlentang, menggigil cemas meneriak bisu. Suaranya telah tersendat rapat di kerongkongan. Seisi tubuhnya juga telah mengecut dilumpuh gentar.
Berdiri gagah di balik kapak yang berhayunan dari awangan, sebuah lembaga tinggi berjubah putih mengangkang, bercekak pinggang mengawasi daya pergerakan. Wajahnya dikaburi cahaya mengilau yang terbit dari belakang kepalanya. Mata Ali terbeliak gerun menyaksi kemaraan ajalnya.

