KOLAM Air Marina menyepi sahaja kebelakangan ini. Semuanya angkara sebuah berita mengenai seekor 'haiwan menyerupai buaya' yang dilihat dalam air berdekatan Hab Sukan Singapura.
Menurut beberapa laporan awal di rangkaian media sosial, haiwan yang panjangnya mencecah tiga meter ini berekor dan bermuncung panjang. Yang paling menarik, haiwan ini bersisik kebiru-biruan.