Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Buku dedah pengorbanan dan cabaran 10 bapa inspirasi

Jan 15, 2018 | 05:30 AM



MELIHAT kehidupannya hari ini, sesiapa mungkin tidak menyangka bahawa Pengarah Our Tampines Hub, Encik Suhaimi Rafdi, pernah melalui liku-liku hidup yang mencabar sebelum ini.



Pada 2003, isteri pertamanya yang menghidap barah meninggal dunia, sekali gus memaksa beliau mengasuh dan membesarkan dua anak mereka, George, yang ketika itu berusia 15 tahun dan Vanessa, 10 tahun.



"Saya memang sudah biasa bekerja keras dan melakukan pelbagai kerja pada satu-satu masa. Tetapi menjadi ibu dan bapa selain memastikan segala urusan rumah tangga berjalan dengan lancar merupakan sesuatu pengalaman yang cukup berbeza," ujar beliau yang baru sahaja berkahwin semula beberapa tahun lalu dengan Cik Nazimah Mohd Ramdzan.



Malah hatinya terdorong mengambil dua anak angkat - Nur Nabilah, tiga tahun dan Mohd Nabil, dua tahun - daripada keluarga kurang bernasib baik sebagai memenuhi impian beliau dan arwah isterinya mahu menimang empat cahaya mata.



Perkongsian terus terang Encik Suhaimi itu diketengahkan dalam buku Kilauan Kasih - 10 Kisah Bapa Inspirasi.



Buku tersebut yang ditulis koresponden Berita Harian, Encik Norman Sawi, menampilkan koleksi kisah inspirasi 10 bapa mengenai cinta dan pengalaman.



Buku dwibahasa itu yang diterbitkan Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan Pusat Kebapaan (CFF) dengan kerjasama Berita Harian (BH) itu bertujuan menggalak kaum bapa memainkan peranan lebih aktif dalam proses keibubapaan selain menekankan pentingnya mengongsi tugas mendidik anak.



Selain Encik Suhami, beberapa bapa lain yang diketengahkan dalam buku ini, termasuk Mufti Dr Fatris Bakaram, dan pemilik Amani Services Pte Ltd, Encik Mohamed Noh Ismail.



Menurut pengerusi AMP, Encik Abdul Hamid Abdullah, masa telah merubah peranan bapa dengan lebih banyak bapa kini semakin aktif dalam membesarkan anak.



"Ekoran peranan lebih besar para bapa dalam pembangunan dan pertumbuhan anak mereka, jelas bahawa lebih banyak bahan dan maklumat harus disediakan bagi kaum bapa membantu mempertingkat dan membangunkan kemahiran keibubapaan mereka," ujar beliau.




DAPATKAN BUKU 10 BAPA INSPIRASI



  • Cawangan kedai buku Popular

- Causeway Point



- Northpoint Shopping Centre



- Lot One Shoppers' Mall



- Tampines Mall



- Jurong Point Shopping Centre



- Bedok Mall



- One KM



  • Cawangan kedai buku Kinokuniya

- Kinokuniya Ngee Ann City (cawangan utama)



- Kinokuniya Liang Court



- Kinokuniya Bugis Juction



- Kinokuniya Jurong



  • Cawangan kedai buku Times

- Times Centrepoint



- Times Jelita



- Times Marina Square



- Times Paragon



- Times Plaza Singapura



- Times Tampines One



- Times Waterway Point



  • Cawangan kedai buku MPH

- MPH Raffles City



- MPH Parkway Parade



  • Lain-lain kedai buku

- Words Aroma Pte Ltd



- Wardah Books




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >