Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Cahaya Rindu

Jul 09, 2017 | 05:30 AM

Di ufuk nan indah

sebening rindu menjengah

bernafas lafaz-lafaz kalimah

kebesaran dan maghfirat

hadirmu bak selautan anugerah

di kala alpa meratah

mendodoi lena di sanggerah

menyelimuti sumpah dan amanah

Demi masa...

wahai anak Adam, bangunlah!

kita pacu langkah

menggapai embunan hikmah

kembara kita bakal sudah

kuat kita bakal lemah

setahun merindu wajah

sepurnama didakap hidayah

Demi masa...

wahai anak Adam, kembalilah!

rapatkan saf yang terbias arah

bagai musafir di padang tiah

pasrahkan doa menengadah

'Laa tahzan', percayalah

buih-buih dosa

khilaf dan salah

'kan terhapus di narwastu syahadah.

ZAINOL ABI

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >