Aku balang kosong berisi wap Berarak dari hujung dunia ke hujung dunia Destinasiku tidak menentu Tuanku adalah angin yang menderu Sering berbisik di telinga Takdirku pada alam Turun sebagai hujan Membasahi bumi Aku penuhi air tasik Aku limpahkan danau yang terusik Ada yang mengundangku dengan doa-doa Di saat tekak manusia kekeringan Bahang panas yang ditakdirkan
Aku juga metafora Lambang alam manusia Dianggap mulia Dan jernih kerana keputihanku Bentukku berubah-ubah Kadang bagai istana Tempat bidadari bermain Kerana wap yang terkandung Kadangkala warna jadi hitam Bagai lingkaran kehidupan manusia Berubah-ubah dan bertukar-tukar


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg