Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Comel 'LOTE' usaha lestari bahasa Melayu di Melbourne

Jul 10, 2017 | 05:30 AM



BAK kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.



Walaupun berada jauh di rantauan, masyarakat Melayu di Melbourne masih giat mengekalkan penggunaan bahasa Melayu.



Usaha mereka, Languages Other Than English (Lote) atau LOTE Malay, ialah program khas bagi pelajar berusia enam hingga 18 tahun.



Program yang mula diusahakan pada 2013 oleh jawatankuasa yang terdiri daripada guru bahasa Melayu, pakar pemasaran, dan ibu bapa sukarelawan itu bermula secara rasmi tahun lalu.



Sejak itu, LOTE Malay mendapat sambutan menggalakkan, dengan sebanyak 90 pelajar Melayu didaftar tahun ini.



Menurut ketua LOTE Malay, Encik Raihan Mohamed Nawawi, 46 tahun, bahasa lain di bawah program LOTE sudah pun ditawarkan kepada pelajar di Victoria oleh Sekolah Bahasa Victorian (VSL) sejak 1935.



"Ramai ibu bapa Melayu melihat kepentingan memastikan generasi muda masih boleh menggunakan bahasa Melayu melalui perbualan, pembacaan, pendengaran dan penulisan.



"Sebelum LOTE Malay diperkenal tahun lalu, ramai ibu bapa menggalakkan anak mengambil LOTE Bahasa Indonesia sebagai bahasa kedua.



"Namun, kesan penggunan bahasa Indonesia agak minimal (sekadar dalam kelas dan peperiksaan) bagi anak Melayu kerana struktur kosa kata dan konteks budayanya berbeza dengan bahasa Melayu," Encik Raihan, guru di Kolej Mt Hira.



Lantas, beliau, yang sudah menetap di Australia selama sembilan tahun, bersama ahli jawatankuasa LOTE Malay lain, telah mengusul kepada pihak VSL agar LOTE Malay ditawarkan di sana.



Encik Raihan, yang menghantar e-mel kepada Berita Harian, memaklumkan bahawa semakin banyak keluarga berbangsa Melayu dari Singapura dan Malaysia berhijrah ke Australia, termasuk guru berpengalaman dan berkelayakan.



"Kehadiran guru-guru ini banyak memberi sumbangan kepada pembentukan kurikulum dan pengajaran LOTE Malay," ujarnya, yang turut memasukkan tiga daripada lima anaknya ke LOTE Malay.



Selain mengajar bahasa Melayu setiap pagi Sabtu, LOTE Malay mengajak pelajar melakukan kegiatan menarik.



Antaranya ialah Hari Bahasa Melayu, yang diadakan pada 20 Mei lalu di Dewan Bandar Coburg.



Peserta ketiga-tiga pusat sekolah VSL - Sekolah Tinggi Suzanne Cory, Kolej Roxburgh dan Sekolah Tinggi Dandenong - telah bergabung buat julung-julung kalinya.



Antara lain, mereka membuat persembahan dikir barat, silat, tarian, deklamasi sajak dan sketsa lakonan. Acara yang dihadiri 300 orang itu turut mempamerkan pakaian dan permainan adat Melayu.



"Melalui usaha ini, kami berharap peserta boleh mempelajari serba sedikit mengenai adat dan budaya Melayu yang begitu kaya.



"Mereka juga dapat memupuk semangat bekerjasama semasa latihan dan persembahan, serta dapat menilai betapa pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan sosial masyarakat Melayu di Melbourne," ujar Encik Raihan.



Memandang ke depan, Encik Raihan berharap agar mata pelajaran Bahasa Melayu dapat diperkenal bagi VCE (Sijil Pelajaran Victoria) di Australia pada 2019.



Katanya, mereka telah menerima jaminan terkini Penguasa Sukatan Pelajaran dan Penilaian Victoria (VCAA).



"Saya berharap daya usaha ini dapat memastikan agar anak-anak yang telah mempelajari LOTE Malay boleh terus sambung mempelajari VCE Malay di peringkat prauniversiti," ujar Encik Raihan.




"Melalui usaha ini, kami berharap peserta boleh mempelajari serba sedikit mengenai adat dan budaya Melayu yang begitu kaya. Mereka juga dapat memupuk semangat bekerjasama semasa latihan dan persembahan, serta dapat menilai betapa pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan sosial masyarakat Melayu di Melbourne."
- Ketua LOTE Malay, Encik Raihan Mohamed Nawawi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >