Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Congak Kira Sifir Firasat

Sep 20, 2020 | 05:30 AM

MELAYU itu firasatnya tinggi

Membangun rumah mengikut sifir

Menghadap ke timur banyak rezeki

Bagai lukah di pintu air

Kalau rumah menghadap utara

Bagai menahan belat di kuala

Rezeki turut datang berganda

Jangan pula barat selatan

Rezeki kurang membawa malang

Melayu itu falsafahnya tinggi

Membina rumah mengikut petua

Bahagian rumah dibahagi tiga

Atap, rumah, kolong bermakna

Ada masuk ada keluarnya

Perempuan terus masuk ke dapur

Lelaki terus duduk di anjung

Kayu terpilih kuat tahannya

Tidak berpaku banyak pasaknya

Tiang dan tangga cukup bilangannya

Angin masuk ada laluannya

Rumah dingin membawa rahmat

hidup keluarga membawa nikmat

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >