Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Dalam

Jan 01, 2017 | 05:30 AM

Dalam panjang ada kontot

Dalam cermat ada comot

Dalam pandang ada kalut

Dalam diam ada carut

Dalam nafas ada semput

Dalam angin ada ribut

Dalam lawa ada kedut

Dalam cantik ada kerepot

Dalam bersih ada selut

Dalam sayang ada parut

Dalam longkang ada belut

Dalam kawan ada pembelot

Dalam ingat ada langut

Dalam berat ada susut

Dalam lurus ada bengot

Dalam baik ada hasut

Dalam lerai ada kusut

Dalam hilai ada sungut

Dalam senyum ada hamput

Dalam kata ada desut

Dalam resam ada kolot

Dalam julang ada corot

Dalam padat ada gambut

Dalam keras ada lembut

Dalam tenang ada kemelut

Dalam hening ada melalut

Dalam berani ada takut

Dalam alim ada juga si badut

Dalam-dalam diselam

Dalam selam difaham

Dalam faham disulam

Sulam faham mendalam

ZAINOL ABI

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >